PEMBANGUNAN DAN KEBOLEHGUNAAN MODUL BERASASKAN BERMAIN BAGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK PRASEKOLAH (Development and Userbility of Play Based Module for Teaching and Learning Preschool Children’s Malay Language Skill

ALIZA ALI, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Abstrak: Artikel ini melaporkan proses pembangunan dan penilaian kebolehgunaan modul terhadap kemahiran bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Proses pembangunan melibatkan penyediaan bahan, semakan pakar dan penilaian kandungan modul. Semasa proses pembangunan, modul disemak oleh lapan pakar bidang berbeza. Beberapa cadangan dikenal pasti dan penambahbaikan dibuat berdasarkan cadangan yang diberikan. Modul yang dimurnikan dinilai ketepatan kandungannya oleh 20 penilai, terdiri lapan pakar bidang yang sama dan 12 guru prasekolah. Proses pelaksanaan dan penilaian modul dilakukan di dua bilik darjah bagi menguji kebolehgunaan modul. Enam murid daripada dua prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dipilih bagi tujuan pengumpulan data. Setiap sekolah melibatkan tiga murid bagi tujuan ini. Selain itu, dua guru dipilih secara bertujuan untuk melakukan pengajaran di dua bilik darjah. Data kualitatif diambil melalui pemerhatian rakaman video. Kaedah pengumpulan data dibuat menggunakan rekod anekdot dan sampel kerja murid. Dapatan  menunjukkan interaksi dengan bahan permainan dan rakan semasa bermain telah membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa Melayu secara emergent tanpa bimbingan guru sepenuhnya. Hasil kajian ini dijangka berupaya menjadikan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah lebih bermakna dan menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Kata Kunci: Pendekatan bermain, kanak-kanak prasekolah, kemahiran bahasa, pembangunan modul

Abstract: This article is reporting the process of modul development and evaluation of its usability towards preschool children Malay language skills. The process of implementation and evaluation involved preparation of the materials, experts review and content validity of the module. During this process, the module was given to eight subject matter experts of different fields to be reviewed. Several recommendations were identified and amendment was done accordingly. The amended module was then evaluated for its content validity by 20 evaluators, consists of 8 subject matter experts and 12 users. The process of implementation and evaluation involve six children from two preschools of Ministry of Education. Each school involved three children for data collection. Besides, two teachers were selected purposely to implement the module in each respective classroom. Qualitative data was collected through observation. Technique of data collection was done through video recording. Anecdotal record and work samples were used to obtain qualitative data. The finding showed that interaction with materials and peers interaction during play fostering children emerging Malay language skills with less guidance from teacher. The result of this study will be able to make language learning more meaningful and interesting to children. child-initiated play help children to learn language better. Children are found motivated and more engage in language learning.

Keywords: Play approach, preschool children, language skills, module development


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.