FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (The Affecting Factors in Malay Language Essay Writing of the Secondary School Students)

Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod, Nor Azwa Hanum Nor Shaid

Abstract


Abstrak:  Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Manjung, Perak. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan satu set soal selidik sebagai alat instrumen kajian. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif untuk melihat tahap nilai min kajian dan analisis inferensi menggunakan ujian-t untuk mencari perbezaan. Seramai 400 orang pelajar tingkatan 4 di sekolah bandar dan sekolah luar bandar di sekitar daerah Manjung mengambil bahagian sebagai responden. Data dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 18.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang mempengaruhi penulisan karangan pelajar secara keseluruhan adalah berada pada tahap sederhana (faktor pengajaran dan pembelajaran = min 2.62, faktor individu = min 2.34 dan faktor persekitaran = min 3.00. Dari segi perbezaan jantina, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu antara murid. Sebaliknya dari segi lokasi sekolah, terdapat perbezaan yang signifikan faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4 ini. Implikasi kajian ini ialah faktor pengajaran dan pembelajaran, individu, persekitaran dan jantina tidak mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah.

Kata Kunci: Penulisan karangan, Bahasa Melayu, pelajar sekolah menengah

Abstract:  This study aims to identify the factors that influence the Malay essay writing among secondary school students in the district of Manjung, Perak. This study was a survey and using a questionnaire as a tool of research. This study used descriptive analysis to evaluate the mean value of the study and analysis of inference using t-test to look for differences. A total of 400 form  4 students in urban schools and rural schools around the Manjung district participated as respondents. Data were analyzed using SPSS (Statistical Package for Social Science) version 18.0. The results showed that the main factors affecting the essay writing as a whole is at a moderate level (learning factor = 2.62 min, individual factors = min 2:34 and environmental factors = the mean of 3.00. Terms of gender differences, found no differences significant factors affecting the Malay essay writing among students. contrast in terms of the location of the school, there was a significant difference factors influencing Malay essays form 4 students this. implication of this study is that factors of teaching and learning, the individual, the environment and gender not affect essay writing Malay secondary school pupils.

Keywords:  Essay writing, Malay Language, secondary school students


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.