TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU (Level of Knowledge, Skills and Attitudes of Secondary School Teachers to Use Web 2.0 in Malay Language Teaching)

Suzlina Hilwani Baharuddin, Jamaludin Badusah

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan/pengetahuan guru terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet  dan keberkesanan Web 2.0 semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran, dan sikap terhadap penggunaan Web 2.0 dan Internet  dalam kalangan guru. Seramai 208 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 12 buah sekolah menengah daerah Kuala Langat telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap sikap yang sederhana, kekangan kemahiran terhadap Internet  pada tahap yang rendah, tahap pengetahuan/penggunaan Web 2.0 pada tahap yang rendah dan penilaian terhadap keberkesanan aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi.

Kata Kunci: Pengetahuan, kemahiran, sikap, pengajaran Bahasa Melayu, web 2.0

Abstract : This study aims to identify the usage/knowledge against the use of Web 2.0 and Internet  and effectiveness of the current Web 2.0 in teaching and learning Malay. Besides, this study was conducted to determine the level of knowledge, skills, attitudes and skill constraints of Web 2.0 and Internet  among teachers. A total of 208 Malay language teachers who teach in twelve secondary school of Kuala Langat  district had been selected as samples for this study. This study used a survey method by using questionnaires. The descriptive analysis used frequency, percentage, and mean. The results shown that the Malay Language teachers have a high level of knowledge, moderate skill level, modest attitude, skills constraints on the Internet  at a low level, the level of knowledge / use of Web 2.0 at a low level and the evaluation of the effectiveness Web 2.0 applications in teaching and learning at a high level.

Keywords: Knowledge, skills, attitudes, Malay language teaching, web 2.0

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.