KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN BAHASA MELAYU MELALUI TEKNIK PENYOALAN (Higher Order of Thinking Skills in Teaching and Learning Malay Language through Questioning Technique)

CHEW FONG PENG, ZUL HAZMI HAMAD

Abstract


Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dengan mendalam isu-isu yang berkaitan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam penyoalan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada responden murid. Seramai 90 orang murid dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Tampin, Negeri Sembilan dipilih untuk menjawab kajian melalui borang soal selidik dan ujian yang dibekalkan. Kajian ini memfokuskan pada tahap penguasaan murid dalam aspek KBAT yang meliputi kekerapan dan keberkesanan dalam pelaksanaan KBAT serta perbezaan amalan penyoalan KBAT dengan latar belakang responden murid. Data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa tahap kekerapan dan keberkesanan adalah berada pada tahap yang tinggi, manakala tahap penguasaan murid dalam aspek KBAT adalah memuaskan. Keputusan juga menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan antara amalan penyoalan KBAT guru dengan latar belakang responden murid kecuali jenis sekolah murid (F(2, 87) = 9.841, p = 0.00). Maka, para guru Bahasa Melayu di SJK perlulah menggandakan usaha dalam menyelesaikan masalah penguasaan asas BM dalam kalangan murid agar KBAT dapat diaplikasikan dalam PdPc dengan lebih lancar.

Kata kunci:  Bahasa Melayu, kemahiran berfikir aras tinggi, penyoalan, sekolah rendah

Abstract: This study was conducted to gain insight into the issues related to the implementation of the Higher Order Thinking Skills (HOTS) in Malay language questioning technique at primary schools. This study used a quantitative approach. The respondents consisted of primary pupils. A total of 90 students from National School, National-type Chinese School and National-type Tamil School in Tampin District, Negeri Sembilan was selected to answer the survey through questionnaires and test. This study focused on the level of pupils in the HOTS which included frequency of practice and effectiveness of implementation of HOTS from the perspective of pupils as well as the differences of its HOTS practice with the background of the respondents. Findings showed the frequency of practice and effectiveness of implementation of HOTS from the perspective of pupils was at high levels. Results also showed no significant differences between the practices of questioning HOTS with background of the pupils respondents except type of schools (F (2, 87) = 9841, p = .00). Therefore, the Malay Language teachers in National Types School must intensify the effort to settle the language problems among pupils so that HOTS can be applied in teaching and learning in smoother way.

Keywords:  Malay language, higher order thinking skills, questioning, primary schools

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.