JENIS-JENIS PENYERAPAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU BERDASARKAN TAJUK PENGAJARAN (The Types of Absorption of Value Added Skills in the Teaching of Malay Language Teachers’ Based on Subject of Teaching)

ARNIZA MOKHTAR, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan mengkaji jenis-jenis penyerapan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah berdasarkan tajuk pengajaran yang diajar. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan empat orang guru Bahasa Melayu yang mengajar tingkatan 4 di tiga buah sekolah menengah kebangsaan sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui pemerhatian sebagai data utama dan disokong data temu bual. Data pemerhatian dan temu bual dianalisis secara triangulasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi tajuk, empat orang guru Bahasa Melayu ini banyak menyerapkan KBT dalam tajuk Karangan dan Rumusan, diikuti KOMSAS dan tatabahasa. Jenis KBT yang banyak digunakan dalam empat tajuk tersebut ialah kemahiran belajar cara belajar dan kemahiran berfikir. Sebaliknya KBT berkaitan kemahiran TMK dan kajian masa depan tidak digunakan langsung oleh guru-guru Bahasa Melayu tersebut. Implikasi kajian ialah guru-guru Bahasa Melayu lebih mengutamakan kemahiran belajar untuk membantu pelajar menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Kemahiran berfikir pula diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menepati kehendak soalan peperiksaan yang mengutamakan soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi. Justeru, guru-guru Bahasa Melayu disarankan menyerapkan mempelbagaikan KBT, terutamanya kemahiran TMK, kemahiran kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan kajian masa depan dalam pengajaran mereka.

Kata kunci: Kemahiran bernilai tambah, pengajaran guru, mata pelajaran Bahasa Melayu, tajuk pengajaran, kemahiran penyerapan

Abstract: This study aims to investigate the types of value-added skills (KBT) among high school Malay language teachers based on the teaching subjects taught. This qualitative study uses four Malay language teachers who teach form 4 at three national secondary schools as study participants. Data is collected through observation as the primary data and supported by interview data. Observation and interview data were analyzed in triangulation. The findings show that in terms of the title, four Malay language teachers are widely embraced KBT in the title of Writing and Summary, followed by KOMSAS and grammar. The most widely used KBT types in the four topics are learning skills and thinking skills. On the other hand, KBT related ICT skills and future studies are not used directly by those Malay teachers. The implication of the study is that Malay language teachers prefer learning skills to help students master Malay Language well. Thinking skills are emphasized in teaching and learning to meet the needs of exam questions that put questions in the form of high level thinking skills. Hence, Malay language teachers are advised to diversify KBT, especially ICT skills, multiple intelligence skills, constructivism learning, contextual learning and future studies in their teaching

 

Keywords: Value-added skills, teacher teaching, Malay Language subject, tittle of teaching, absorption skill 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.