TAHAP PERBEZAAN PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN MENGGUNAKAN ENAM TOPI PEMIKIRAN BERDASARKAN JANTINA DAN PENGKHUSUSAN DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN (Knowledge Differences, Attitudes and Practices Using Six Thinking Hats by Gender and Specialization in the Malay Language Primary School Teachers)

MOHD QHAIRIL ANWAR AZHAR, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perbezaan Enam Topi Pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Kajian berbentuk tinjauan ini telah dijalankan terhadap semua guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan di Pejabat Pendidikan Zon Sentul (PPZS), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 36 buah sekolah kebangsaan menjadi populasi bagi kajian ini, iaitu melibatkan seramai 210 orang guru. Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan jadual penentu saiz sampel kajian Krejcie dan Morgan. Melalui jadual penentu saiz sampel tersebut menyatakan jika jumlah populasi seramai 210 orang, maka sampel ialah 136 orang. Soal selidik digunakan untuk mengukur aspek yang berkaitan dengan tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan Enam Topi Pemikiran dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Soal selidik menggunakan lima skala Likert. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 18 orang guru bahasa Melayu dari dua buah sekolah kebangsaan. Data ang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics versi23. Kajian ini menggunakan dua jenis analisis, iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu dalam penggunaan Enam Topi Pemikiran sebagai alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Tahap amalan guru Bahasa Melayu dalam menggunakan Enam Topi Pemikiran pula berada pada tahap sederhana. Implikasi kajian ini ialah penggunaan Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran  Bahasa Melayu boleh meningkatkan minat dan pencapaian pelajar. 

Kata kunci: Pengetahuan, sikap, amalan penggunaan, enam peta pemikiran, jantina, pengkhususan

Abstract: The purpose of this study is to identify the difference in the Six Thinking Hats based on gender and specialization among Malay Language primary school teachers. This survey was conducted on all primary language primary school teachers in the Sentul Zone Education Office (PPZS), Federal Territory of Kuala Lumpur. A total of 36 national schools became the population for this study, involving a total of 210 teachers. The sample selection was based on the sample size determinants of Krejcie and Morgan studies. Through the sample size determinants the sample states if the total population is 210 people, the sample is 136 people. The questionnaire was used to measure the aspects related to the level of knowledge, attitude and practice of using Six Thinking Hats ideas among Malay Language primary school teachers. Questionnaires use five Likert scales. A pilot study was conducted on 18 Malay language teachers from two national schools. The data were analyzed using Statistical Packages for Social Societies (SPSS) Statistics version 23. This study uses two types of analysis, namely descriptive analysis and inferential analysis. The findings show that the level of knowledge and attitude of Malay Language teachers in the use of Six Thinking Hats as a means of thinking in teaching and learning is at a high level. The level of practice of Malay Language teachers in using Six Thinking Hats ideas was at moderate level. The implication of this study is that the use of Six Thinking Hats in the teaching and learning of Malay Language can increase the interest and achievement of the students.

Keywords: Knowledge, attitude, usage of practice, Six Thinking Hats, gender, specialization


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.