AMALAN GURU DALAM MELAKSANAKAN KEMAHIRAN LITERASI BAHASA MELAYU BAGI PROGRAM LINUS DI SEKOLAH RENDAH (Teacher Practice in Implementation Malay Language Literacy Skills for LINUS Program in Primary School)

WAN NURZULIANA WAN AHMAD

Abstract


Abstrak: Program Intervensi LINUS (Literacy and Numeracy Screening) telah diperkenalkan KPM pada awal sesi persekolahan tahun 2010 dan merupakan satu pendekatan bersepadu yang telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi bahasa Melayu dan numerasi seawal murid berada diTtahap 1 lagi. Kajian ini dijalankan untuk meneroka amalan guru dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa dalam pelaksanaan kemahiran literasi Bahasa Melayu bagi Program LINUS di sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes. Seramai tiga orang guru Pemulihan Khas yang terlibat secara langsung dalam pengajaran kemahiran literasi Bahasa Melayu program LINUS dipilih sebagai peserta kajian. Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK), seorang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan seorang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Instrumen kajian ialah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Data temu bual dan pemerhatian dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru Pemulihan Khas di ketiga-tiga jenis sekolah rendah ini menggunakan kaedah pengajaran langsung, iaitu berpusatkan guru dalam pengajaran terhadap murid-murid LINUS. Bagi SJKT, pengajaran langsung ini dilakukan secara individu berbanding SK dan SJKC yang melakukan pembahagian kumpulan kecil, iaitu dua hingga tiga orang murid dalam satu sesi P&P mengikut tahap penguasaan kemahiran literasi murid. Walaupun murid LINUS ini diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil, prosedur pengajaran langsung tetap diaplikasikan oleh guru, iaitu dimulakan dengan set induksi, latihan dan bimbingan sepenuhnya oleh guru, latihan kendiri dan penilaian guru. Implikasi penggunaan kaedah pengajaran langsung terhadap murid LINUS ini ialah guru-guru dapat mengenal pasti tahap pencapaian murid mengikut konstruk yang telah dikuasai, pengajaran guru terus berfokus kepada cara untuk meningkatkan tahap pencapaian kemahiran literasi murid dan dengan ini pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan berkualiti.

Kata kunci: Amalan pengajaran guru, kemahiran literasi, Program LINUS, sekolah rendah

Abstract: The LINUS Intervention Program (Literacy and Numeracy Screening) was introduced by KPM at the beginning of the 2010 school session and is an integrated approach that has been implemented to address the problem of Malay literacy and numeracy as early as the pupils are in Level 1. This study was conducted to explore teacher's practice in terms of teaching quality, teaching level, incentive and time in the implementation of Malay literacy skills for LINUS Program in primary schools. The design of this study is a case study. Three Special Recovery Teacher  who were directly involved in the teaching of Malay language literacy skills LINUS were selected as study participants. A teacher from Sekolah Kebangsaan (SK), Chinese National Type School (SJKC) and Tamil National Type School (SJKT). Research instruments are interviews, document analysis and observations. Data interviews and observations were analyzed using ATLAS.ti software. The results show that Special Recovery teachers in all three primary schools use direct teaching methods, which are teacher-centered in teaching on LINUS pupils. For SJKT, this direct teaching is done individually rather than the SK and SJKC which involves the division of small groups, two to three pupils in a  T&L session according to the level of mastery of pupils literacy skills. Although LINUS pupils are taught individually or in small groups, direct teaching procedures are still applied by teachers, beginning with an induction set, training and full guidance by teachers, self-help and teacher assessment. The implication of the use of direct teaching methods for LINUS pupils is that teachers are able to identify the level of achievement of pupils according to the constructed constructs, teaching of teachers continues to focus on ways to improve the level of achievement of literacy skills of pupils and with this teaching of teachers become more effective and quality.

Keywords: Teacher practice, literacy skills, LINUS Program, primary school


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.