Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa Mengajarkan Kemahiran Bacaan dan Kefahaman dalam Kalangan Murid Tahun 4 di Brunei Darussalam

Yahya Othman, Dayang Raini Pakar

Abstract


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai pencapaian murid dalam bacaan dan kefahaman menggunakan kaedah tradisional dan aplikasi perisian cerita secara interaktif.  Di samping itu, kajian ini juga menilai kesan penggunaan CD-ROM cerita interaktif dalam pengajaran bacaan dan pemahaman yang meliputi aspek kefahaman, morfologi dan sintaksis dalam kalangan murid berpencapaian sederhana.  Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah eksperimental kuasi.  Sampel kajian melibatkan 52 orang murid Tahun 4 berpencapaian sederhana sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei Muara.  Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.  Setiap kumpulan melibatkan 26 orang murid berpencapaian sederhana yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan.  Hasil kajian ini dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan, penguasaan morfologi dan sintaksis antara kumpulan eksperimen dan kawalan dalam ujian pra dan pasca.  Berdasarkan analisis ujian-t, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan menggunakan aplikasi computer secara interaktif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa penggunaan perisian cerita secara interaktif dalam pengajaran bacaan dan pemahaman bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi kefahaman murid sederhana, bahkan dapat meningkatkan aspek bahasa berkaitan morfologi dan sintaksis.

Kata kunci:  Aplikasi komputer, pengajaran kemahiran bacaan dan kefahaman


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.