Kebolehpercayaan Pemeriksaan Karangan Secara Holistik Berdasarkan Jantina dan Pengalaman dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Noor Izam Mohd Taib, Zamri Mahamod, A. Rahman Haron, Rozaiman Makmun

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan pemeriksaan secara holistik karangan Bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Kajian dibuat bertujuan untuk melihat apakah terdapat perbezaan yang bererti dalam pemeriksaan holistik karangan Bahasa Melayu berdasarkan skor antara jantina dan pengalaman.  Seramai lapan orang guru Bahasa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur berdasarkan jantina dan pengalaman dalam memeriksa Kertas Karangan Bahasa Melayu UPSR dipilih sebagai sampel kajian. Sebanyak tiga skrip karangan daripada pelbagai format iaitu Karangan Catatan, Karangan Cerita dan Karangan Fakta daripada lapan orang murid Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur digunakan sebagai intrumen kajian. Dokumen dianalisis secara pendekatan induktif dan kemudian mengorganisasikan data. Hasil kajian menunjukkan guru lelaki mempunyai tahap kebolehpercayaan sangat tekal  berbanding guru perempuan. Kajian juga menunjukkan guru berpengalaman mempunyai tahap kebolehpercayaan sangat tekal berbanding guru kurang berpengalaman. Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang bererti dalam pemeriksaan holistik karangan bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu berdasarkan jantina dan pengalaman memeriksa.

Kata kunci: Kebolehpercayaan, pemeriksaan holistik, karangan bahasa Melayu UPSR, guru bahasa Melayu, sekolah rendah. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.