Genggaman Pensel Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis

Lim Chen Yin, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd. Mokhtar Tahar

Abstract


Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap murid kerana kegagalannya boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik. Kecekapan menulis merupakan satu halangan kepada pencapaian akademik di sekolah khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP).  Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) di Malaysia dalam PPKIBP adalah Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik (contoh: Disleksia).  Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengetengahkan jenis-jenis genggaman pensel dalam kalangan KKBP, jenis-jenis peringkat genggaman pensel murid-murid bermasalah pembelajaran di peringkat sekolah rendah.  Kajian ini juga ingin menentukan perbezaan genggaman pensel mengikut kategori KKBP.  Kajian ini melibatkan pengambilan gambar genggaman pensel semasa menulis oleh 225 orang responden dari tujuh buah sekolah rendah yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di daerah Klang, Selangor.  Kajian rintis telah dijalankan terhadap 36 orang responden di sebuah sekolah. Dapatan kajian menunjukkan kategori murid Bermasalah Pembelajaran Spesifik mencatatkan peratusan tertinggi bagi ketiga-tiga jenis peringkat genggaman pensel iaitu 8.4 peratus (19 orang murid) bagi peringkat matang, 51.6 peratus (116 orang murid) bagi peringkat tidak matang dan 1.8 peratus (4 orang murid) bagi peringkat lain-lain.  Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada pendidik untuk lebih berfokus kepada cara menggenggam pensel semasa menulis dan ahli terapi cara kerja untuk merancang program intervensi yang lebih berkesan serta memberi maklum balas kepada perancang kurikulum pendidikan tentang penggubalan kurikulum yang lebih berkesan untuk KKBP. Penggunaan alat adaptif pensel boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel ke arah genggaman pensel peringkat matang.

Kata Kunci:  Genggaman pensel, tulisan tangan, menulis, sekolah rendah, pensel


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.