Keberkesanan Model Konstrukktivisme Lima Fasa Needham dalam Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

Zurainu Mat Jasin, Abdull Sukor Shaari

Abstract


Kajian ini bertujuan mengenal pasti sama ada pengajaran komponen sastera (Komsas) Bahasa Melayu menggunakan Model Lima Fasa Needham (1987) dapat meningkatkan pencapaian murid bukan Melayu.  Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan dengan menggunakan sebanyak 80 murid Cina di sebuah sekolah menengah di negeri Kedah. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen diajar menggunakan Model konstruktivisme, manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Daripada analisis yang telah dijalankan, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pos. Min skor Komsas bagi murid kumpulan pos eksperimen adalah lebih tinggi berbanding min skor kumpulan kawalan dalam ujian pasca.

Kata kunci: Pendekatan konstruktivisme, pengajaran Komsas, Bahasa Melayu, eksperimen


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.