ANALISIS KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN D UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (An Analysis of Language Errors in Section D Essay Writing of the Malay Language End-of-Academic-Session Examination among National and National-Type Primary School Students)
Abstract
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis jenis dan faktor kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam penulisan karangan Bahagian D Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu. Kajian ini dilaksanakan berasaskan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1967) dan Teori Analisis Kontrastif oleh Lado (1957), yang menjelaskan bahawa kesalahan bahasa bukan hanya menunjukkan kelemahan pembelajaran, tetapi merupakan petunjuk proses pemerolehan bahasa kedua (B2). Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, melibatkan analisis dokumen terhadap 10 skrip karangan murid bukan penutur jati Bahasa Melayu serta temu bual separa berstruktur bersama tiga orang guru Bahasa Melayu dari kedua-dua aliran sekolah. Data dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti corak kesalahan dan punca linguistik yang menyumbang kepada kelemahan penulisan murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesalahan bahasa yang paling dominan adalah kesalahan morfologi dan imbuhan, diikuti oleh kesalahan sintaksis dan struktur ayat, serta kesalahan ejaan dan tanda baca. Murid SJKC menunjukkan kadar kesalahan yang lebih tinggi berbanding murid SK, terutamanya dalam aspek imbuhan awalan dan struktur ayat hasil pengaruh bahasa pertama (B1-Mandarin) serta kecenderungan menterjemah secara langsung ke dalam Bahasa Melayu. Faktor lain yang dikenal pasti adalah kekangan kosa kata, pendedahan linguistik yang terhad, motivasi rendah, dan bahan rujukan yang tidak kontekstual. Kajian ini memberikan implikasi penting terhadap guru dan sekolah dalam merancang intervensi pengajaran tatabahasa yang lebih diagnostik dan kontekstual. Hasil kajian juga mencadangkan pelaksanaan strategi pengajaran inovatif seperti aktiviti pembetulan kolaboratif, penggunaan teknologi tatabahasa interaktif, dan modul pemulihan berfokus kesalahan sebenar murid. Kesimpulannya, analisis kesalahan dapat dijadikan asas penting untuk memperkukuh PdP Bahasa Melayu sebagai B2 dalam sistem pendidikan pelbagai aliran di Malaysia.
Kata kunci: Kesalahan Bahasa; Ujian Akhir Sesi Akademik; Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua; Morfologi; Sintaksis; Imbuhan
ABSTRACT: This study aims to analyse the types and contributing factors of language errors committed by pupils from National Schools (Sekolah Kebangsaan, SK) and National-Type Schools (Sekolah Jenis Kebangsaan, SJK) in the writing of Section D essays in the Malay Language End-of-Session Academic Assessment (UASA). The study is grounded in Corder’s (1967) Error Analysis Theory and Lado’s (1957) Contrastive Analysis Theory, which posit that language errors are not merely indicators of learning deficiencies but reflect the underlying processes of second language acquisition. Employing a qualitative research design, this study involves document analysis of ten essay scripts written by non-native Malay Language learners, as well as semi-structured interviews with three Malay Language teachers from both school streams. The data were analysed thematically to identify patterns of errors and the linguistic factors contributing to pupils’ writing difficulties. The findings reveal that the most dominant errors are morphological and affixation errors, followed by syntactic and sentence structure errors, as well as spelling and punctuation errors. Pupils from SJKC demonstrate a higher frequency of errors compared to those from SK, particularly in the use of prefixes and sentence structures, largely due to first language (Mandarin) interference and a tendency to directly translate expressions into Malay. Other contributing factors identified include limited vocabulary, restricted linguistic exposure, low motivation, and the use of non-contextual learning materials. This study provides important pedagogical implications for teachers and schools in designing more diagnostic and contextualised grammar instruction. The findings also suggest the implementation of innovative instructional strategies such as collaborative error correction activities, the use of interactive grammar technologies, and remedial modules focused on pupils’ actual error patterns. In conclusion, error analysis can serve as a crucial foundation for strengthening the teaching and learning of Malay as a second language within Malaysia’s multi-stream education system.
Keywords: Language Errors; End-Of-Session Academic Assessment; Malay as a Second Language; Morphology; Syntax; Affixation
Full Text:
PDFReferences
Abdul Rasid Jamian & Siti Hajar Abdul Rahman. 2021. Keberkesanan pendekatan penulisan berpandu dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11(2): 21–37.
Chintella Tenggok & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. 2023. Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid sekolah menengah. Jurnal Dunia Pendidikan 5(1).
Corder, S. P. 1967. The significance of learners’ errors. International Review of Applied Linguistics in Language Teaching 5(4): 161–170.
Ellis, R. 2020. Understanding Second Language Acquisition. Oxford: Oxford University Press.
Hasanah Adon, Rozita Che Rodi, Rohaidah Kamaruddin & Zuraini Jusoh. 2025. Kesalahan morfologi golongan kata: Satu tinjauan terhadap murid Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Linguistik 29(1): 14–32.
Hasnah Hassan. 2024. Mensintesis strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam pembelajaran murid: Satu tinjauan holistik. Jurnal Melayu & Dunia 17(2): 23–40.
Hasnah Hassan. 2024. Kesalahan morfologi dan sintaksis dalam penulisan murid sekolah rendah: Analisis berdasarkan karangan UASA Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 14(1): 45–60.
Kamarulzaman Abd. Ghani & Noraini Idris. 2021. Pendekatan didik hibur berasaskan digital dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu. Jurnal Inovasi Pendidikan Malaysia 8(3): 72–85.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2022. Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2023. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025: Laporan Tahunan 2023. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasra.
Lado, R. 1957. Linguistics across cultures: Applied linguistics for language teachers. Ann Arbor: University of Michigan Press.
Loo Shu Jing & Nor Azwahanum Nor Shaid. 2025. Kesalahan sebutan bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Linguistik 29(1): 114–127.
Low Hui Min & Mazlan Bidin. 2023. Tahap pendedahan bahasa Melayu dan hubungannya dengan ketepatan penulisan dalam kalangan murid SJKC. Jurnal Inovasi Pendidikan Malaysia 9(2): 55–68.
Mohd Azhar Abdul Aziz & Siti Nor Aini Jamil. 2023. Analisis kesalahan tatabahasa dalam karangan murid SJKC. Jurnal Bahasa dan Pendidikan 13(1): 22–38.
Nurul Adzwa Ahamad, Norazlina Mohd Kiram & Roslina Abdul Aziz. 2020. Kesalahan morfologi golongan kata: Satu tinjauan terhadap murid Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Linguistik 24(2): 55–70.
Nurul Adzwa Ahamad, Nur Farahkhanna Mohd Rusli & Norfaizah Abdul Jobar. 2020. Analisis kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan murid dan hubung kait dari segi makna gramatikal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(1): 77–90.
Nor Aini Abdul Rahman & Zamri Mahamod. 2021. Pengaruh bahasa ibunda terhadap kesalahan tatabahasa murid sekolah jenis kebangsaan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11(1): 14–27.
Ooi Chwee Hwa & Vijayaletchumy Subramaniam. 2017. Faktor timbulnya pengaruh bahasa pertama dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Ulum Islamiyyah 20: 85–94.
Rahim Aman. 2021. Kesalahan sintaksis dan morfologi dalam kalangan murid sekolah rendah: Analisis berdasarkan penulisan naratif. Jurnal Linguistik 25(2): 1–15.
Selinker, L. 1972. Interlanguage. International Review of Applied Linguistics in Language Teaching 10(3): 209–231.
Siti Hajar Abdul Rahman & Abdul Rasid Jamian. 2020. Penguasaan kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(1): 41–54.
Siti Khodijah Che Mee. 2020. Penguasaan sintaksis Bahasa Melayu dalam kalangan murid Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN) 8(1): 67–80.
Siti Norashikin Md. Nor & Rahim Aman. 2022. Analisis kesalahan tanda baca dalam karangan bahasa Melayu sekolah menengah: Kajian dari perspektif sintaksis dan wacana. Jurnal Bahasa dan Linguistik Melayu 12(1): 87–102.
Siti Rahayu Muhammad & Sharil Nizam Shari. 2020. Kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu dari aspek morfologi dalam penulisan karangan murid sekolah rendah (murid Cina Tahun 6 SJKC Hwa Jin, Batu Pahat, Johor). International Social Science and Humanities Journal 3(2): 77–89.
Ugartini Magesvaran, Zamri Mahamod & Irma Mahat. 2021. Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah San Min (Suwa), Teluk Intan. Dalam Proceeding of International Conference on Business Studies and Education, 44–60.
Ugartini Magesvaran, Nurhidayah Abd Rahman & Khairul Ashraaf Saari. 2021. Analisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur jati. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastera Melayu 11(1): 77–92.
Zaliza Mohamad Nasir. 2018. Kesalahan tatabahasa Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid. LSP International Journal 4(1).
Zamri Mahamod. 2022. Amalan PdP tatabahasa dan pengajaran Bahasa Melayu dalam konteks sekolah pelbagai etnik. Dewan Bahasa 66(4): 30–46.
Refbacks
- There are currently no refbacks.