Keberkesanan Penggunaan Peta Minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Argumentatif di Sebuah Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam

Yahya Othman, Azmey Hj Othman

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan peta minda terhadap pencapaian penulisan karangan argumentatif para murid di salah sebuah sekolah menengah Arab Negara Brunei Darussalam. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan ke atas murid menengah Tahun 10.Seramai 22 orang murid dijadikan sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan 21 orang murid lagi dijadikan sampel bagi kumpulan  kawalan. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan peta minda. Data diperoleh daripada pra dan pascaujian serta temu bual murid. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan analisis Kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penulisan karangan argumentatif bagi sampel kumpulan eksperimen dalam pra dan pascaujian dengan nilai t = -11.346,   p < 0.05.Di samping itu juga, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan ketiga-tiga subkemahiran penulisan karangan dalam pascaujian antara sampel kumpulan eksperimen dan sampel kumpulan kawalan. Tiga subkemahiran tersebut ialah penguasaan aspek isi (nilai t = -8.100, p < 0.05), bahasa (nilai t = -7.512,    p < 0.05) dan juga teknik (nilai-t = -3.858, P < 0.005) penulisan karangan. Berdasarkan dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan strategi peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran berjaya meningkatkan pencapaian penulisan karangan argumentatif murid.

Kata kunci: Karangan argumentatif, peta minda, kemahiran menulis, kajian kuasi eksperimen


Full Text:

Untitled

Refbacks

  • There are currently no refbacks.