Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Abdul Rasid Jamian, Hasmah Ismail

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru Bahasa Melayu mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan. Di samping itu, persepsi guru terhadap kebolehgunaan dan kesesuaian pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.Kajian ini dijalankan terhadap 92 guru Bahasa Melayu di lapan buah sekolah di Zon Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.Kajian ini dijalankan secara deskriptif dan menggunakan soal selidik.Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai.Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bersikap positif dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehgunaan dan kesesuaian pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.Mereka juga mengakui bahawa penggunaan multimedia dapat mewujudkan pembelajaran menyeronokkan. Namun begitu, guru-guru Bahasa Melayu masih kurang menggunakan bahan bantu mengajar.  Hal ini demikian kerana mereka masih cenderung untuk menggunakan teknik pengajaran berasaskan bakat semula jadi guru atau murid berbanding penggunaan bahan bercetak, alat pandang dengar dan perisian multimedia untuk mewujudkan amalan pembelajaran menyeronokkan.

Kata kunci: Pelaksanaan, pembelajaran menyeronokkan, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.