Kesepadukan Ilmu Pengetahuan Sains dalam Sistem Ilmu Wahyu

Mohd Yusof Hj Othman

Abstract


Pembangunan sistem pendidikan hari ini banyak didorong oleh desakan untuk menjana kekayaan. Kita boleh perhatikan hakikat ini melalui Indeks Prestasi Utama dalam sistem pendidikan dan kebimbangan para ahli akademik tersohor tentang jenis insan yang dihasilkan hari ini. Mereka juga mengkritik tentang kegagalan universiti tersohor di Barat dalam menghasilkan insan yang sepadu dan syumul yang mahir dan trampil dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, perubatan, ekonomi dan perundangan, tetapi gagal dalam menghasilkan insan yang mempunyai nilai kemanusiaan, kerohanian, akhlak dan adab yang terpuji (Lewis 2006; Vitz 2009). Natijahnya lahirlah manusia baru yang rakus dalam mengeksploitasi dan memanipulasi hasil bumi sehingga kelestarian alam terganggu yang menyebabkan berlakunya pemanasan global, pencemaran alam, udara dan air. Sistem muamalat terjejas sehingga melahirkan insan yang hanya mengeksploitasi golongan yang lemah, memanipulasi mata wang tetapi gagal berdagang. Kerapuhan dan keruntuhan institusi sosial sehingga melahirkan insan yang tidak tahu menghormati ibu bapanya sendiri, para guru dan pemimpin masyarakat. Islam mempunyai jawapannya tersendiri dalam pembangunan sistem pendidikan. Dalam Islam pendidikan adalah usaha untuk memaujudkan potensi insan dan dalam masa yang sama menjadi khalifah yang bertanggungjawab seutuhnya kepada Tuhannya. Keredaan Tuhan merupakan sasaran utama pendidikan Islam, walaupun mereka mungkin juga ahli dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, ahli ekonomi atau perundangan atau kepimpinan politik. Kesepaduan antara ilmu sosial dan sains tabii dengan ilmu wahyu merupakan asas utama dalam pendidikan Islam. Kertas ini berusaha untuk melontarkan pemikiran awal tentang keperluan dan pendekatan untuk mengadakan anjakan/pradigma baharu dalam sistem pendidikan yang menyepadukan antara ilmu akli dengan ilmu wahyu.


Keywords


Pendidikan; Ilmu Sains Tabii; Ilmu Akli; Ilmu Wahyu; Kesepaduan Ilmu

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.