Pemikiran Tasawwuf Badi`Uzzaman Sa`id Nursi dalam Dakwah

Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Ahmed S. A. al-Qodsi

Abstract


Allah SWT mengutuskan para Rasul untuk membimbing manusia ke jalanNya. Penyucian jiwa dan keluhuran ruh yang merupakan kunci utama tasawwuf amat diperlukan dalam kehidupan insan. Hal ini penting bagi membolehkan setiap insan mencapai keseimbangan jasadi dan ruhani, mengikut piawaian yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan Hadith. Badi`uzzaman Sa`id Nursi adalah antara tokoh pendakwah dan pemikir yang berpandangan bahawa tasawwuf yang bertunjangkan penyucian jiwa dan keluhuran ruh merupakan pemangkin untuk membolehkan seseorang muslim mengenal Allah SWT Justeru, artikel ini bertujuan menganalisis pemikiran tasawwuf dalam dakwah Badi`uzzaman Sa`id Nursi daripada karya ulung beliau, Rasa`il Nur. Oleh itu, data primer kepada kajian ini adalah berdasarkan analisis kandungan Rasa’il Nur. Kajian menunjukkan bahawa keistimewaan yang wujud dalam dakwah Badi`uzzaman Sa`id Nursi adalah merupakan natijah daripada beberapa faktor yang turut menyumbang kepada pembinaan peribadi beliau. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya pemikiran tasawwuf dalam dakwah Badi`uzzaman Sa`id Nursi. Pemikiran ini terbina di atas asas-asas tasawwuf, iaitu al-`ajz (kelemahan), al-faqr (kefakiran), al-syafaqah (belas kasihan) dan al-tafkir (berfikir). Kurikulum sekolah dan institut pengajian tinggi kecuali dalam bidang khusus secara formal tidak mengandungi pengajaran pemikiran tasawuf yang boleh membentuk sahsiah pelajar. Bagi menyokong pencapaian matlamat membentuk insan seimbang yang dihasratkan seperti dalam Falsafah Pendidikan Negara, kertas kerja ini memberi panduan permulaan bagi membolehkan pelajar dan pendidik mengeksplorasi, membaca, memahami pemikiran tawawuf melalui pembelajaran kendiri yang diperibadikan berdasarkan keperluan pembelajaran masing-masing dengan maklumat yang dikongsikan dalam penulisan ini.

 


Keywords


Pemikiran Tasawwuf; Dakwah Sa`id Nursi; Asas Tasawwuf dalam Dakwah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.