Kesediaan Pelajar Tingkatan 6 Menggunakan Aplikasi Mudah Alih Pendidikan

Norlaila Che Murat, Rosseni Din, Mohammed Huzaimi Alias

Abstract


Pembelajaran adalah proses yang berterusan dan tumpuan kiniĀ  beralih kepada pembelajaran secara mudah alih. Pelajar dapat belajar mengikut tahap pengetahuan mereka, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan aplikasi pendidikan mudah alih. Kajian ini dilakukan dengan tujuan melihat kesediaan pelajar Tingkatan 6 menggunakan aplikasi mudah alih (mobile apps) Pengajian Am dalam pembelajaran secara kendiri. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar menggunakan media pengajaran aplikasi mudah alih. Kepentingan kajian adalah menyediakan persekitaran pembelajaran peribadi bagi memudahkan pembelajaran kendiri supaya pembelajaran pelajar menjadi bermakna. Soal Selidik diedarkan kepada 78 orang pelajar dari sebuah sekolah di negeri Perak. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Analisis data seperti min, mod dan peratus digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi mudah alih berpotensi digunakan dalam pembelajaran kendiri pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji lain mengkaji penggunaan aplikasi mudah alih sebagai media pengajaran altenatif.


Keywords


Aplikasi Mudah Alih; Pelajar Tingkatan Enam; Pembelajaran Kendiri; Kesediaan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.