Persepsi Pembelajaran Dewasa Melalui Teknologi Blog Web 2.0

Huzaimi Alias, Rosseni Din

Abstract


Revolusi pengetahuan telah menyumbang kepada kewujudan pelbagai medium pembelajaran yang memudahkan peralihan pengetahuan bagi memenuhi keperluan kerjaya.  Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengukur persepsi golongan dewasa terhadap pembelajaran melalui teknologi web 2.0, iaitu blog.  Kajian ini penting bagi industri pekerjaan melalui keberkesanan medium latihan pekerja terhadap peningkatan prestasi setiap pekerja.  Di dalam kajian ini reka bentuk kajian kuantitatif digunakan melalui pengumpulan data dari instrumen soal selidik yang diadaptasi.  Sampel kajian melibatkan 43 pegawai, guru, guru yang sedang belajar dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, bertumpu di daerah Kinta, Perak.  Data kajian dianalisis secara diskriptif melalui penggunaan perisian SPSS versi 23.  Dapatan kajian menunjukkan, persepsi yang tinggi diperoleh dalam kalangan golongan dewasa terhadap pembelajaran melalui teknologi blog web 2.0 berdasarkan peratus kesediaan golongan tersebut serta kelebihan teknologi itu sendiri.  Kajian ini memberikan maklumat berkaitan dengan ukuran persepsi golongan dewasa terhadap penggunaan teknologi blog web 2.0 dalam memenuhi keperluan pembelajaran dewasa.  Keseluruhan kajian yang dijalankan, memberikan gambaran kesediaan golongan dewasa menggunakan pelantar blog sebagai medium latihan kerjaya individu dalam sesuatu organisasi. 


Keywords


Gaya pembelajaran dewasa; blog pembelajaran ; Andragogi; Teknologi web 2.0

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.