Enam Nilai Utama dari Perspektif Risalah Nur: Usaha Membangun Jiwa Insan dalam Perancangan Pengajaran

Siti Farahin Ahmad Nawawi, Rosseni Din, Nabilah Othman

Abstract


Kebanyakan model reka bentuk pengajaran tidak menitik beratkan integrasi nilai secara eksplisit. Kajian ini menyelami enam penawar iaitu harapan, semangat, kejujuran, cinta, kebaikan dan kesatuan yang merupakan tunggak keperibadian seseorang individu. Penawar ini merupakan ubat bagi penyakit sosial seperti putus asa, kesedihan, permusuhan, perpecahan dan penyakit yang bersangkut dengan kepentingan diri dan individualisme.  Pembangunan nilai pelajar harus merentasi kurikulum justeru kajian ini mengkaji tentang nilai yang boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran secara terperinci dalam skop yang kecil. Hasil kajian diperoleh dari analisis dokumen Khutbah Syamiah. Teks khutbah ini merupakan karya awal dari himpunan koleksi Risalah Nur yang mengandungi perspektif Risalah Nur oleh Badiuzzaman Said Nursi. Kesemua nilai yang diperoleh merupakan ubat kepada penyakit masyarakat masa kini, yang sudah dijangkakan hasil kemajuan teknologi, kebebasan berfikir dan pegangan yang lemah terhadap kepentingan nilai agama. Nilai harapan merupakan ubat kepada keputusasaan. Nilai semangat pula merupakan penawar bagi penyakit kesedihan yang membawa kepada keputusasaan manakala kejujuran memulihkan penyakit dusta, tipu-muslihat, pengkhianatan, fitnah dan seumpamanya. Cinta adalah tunggak kebaikan makakala nilai kebaikan itu pula adalah sifat yang berganda. Nilai kesatuan menjadi ubat kepada permusuhan dan penindasan yang menular dalam kalangan individu dan masyarakat. Kajian menunjukkan nilai-nilai ini merupakan nilai yang melahirkan peribadi individu sama ada muslim atau bukan muslim yang bermartabat sekaligus membentuk ahli masyarakat yang saling membantu dan menyayangi antara satu sama lain.


Keywords


Nilai; Harapan; Semangat; Kesatuan; Musyawarah; Khutbah Syamiah; Risalah An-Nur

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.