Pengaplikasian E-Pembelajaran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Vokasional Port Dickson

Kaliammah Krishnan, Rosseni Din

Abstract


Era digital telah mengubah sistem pendidikan konvensional kepada sistem pembelajaran yang mengintegrasikan teknologi digital. E-pembelajaran dalam pendidikan merupakan pendekatan pembelajaran efektif dalam revolusi pendidikan. Penggunaan pelbagai peralatan dan perisian e-pembelajaran diperluaskan untuk meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran dan pembelajaran. Kajian tentang tahap pengaplikasian e-pembelajaran oleh warga pendidik dan pelajar dapat memberi manfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menambahbaik sistem pendidikan yang merangsang penggunaan teknologi digital. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian e-pembelajaran dalam pengajaran dan pemudahcaraan dengan mengambil kira kekerapan penggunaan e-pembelajaran, tahap kemahiran, kelakuan, sikap, sokongan oleh pengurusan kolej vokasional. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan deskriptif. Model TAM (Technology Acceptance Model) digunakan sebagai model kajian. Borang soal selidik versi elektronik, Google Form merupakan instrumen kajian. Responden kajian dipilih dengan menggunakan teknik persampelan secara rawak berstrata. Sampel kajian terdiri daripada 82 orang pensyarah Kolej Vokasional Port Dickson. Penentuan sampel kajian adalah berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan. Kajian rintis dilaksanakan bagi menentukan nilai kebolehpercayaan setiap item dalam instrumen. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen berada pada tahap tinggi iaitu α>0.70. Data-data dari dapatan kajian dianalisa secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistik (Versi 23). Dapatan kajian menunjukkan bahawa, kekerapan penggunaan e-pembelajaran berada pada tahap sederhana positif. Kemahiran pengaplikasian e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah berada pada tahap tertinggi. Pensyarah mempunyai kelakuan yang positif terhadap pangaplikasian e-pembelajaran. Dari segi sikap menunjukkan tahap sederhana positif. Sokongan e-pembelajaran oleh pihak pengurusan berada pada tahap sederhana negatif. Secara kesimpulanya pengaplikasian e-pembelajaran dalam oleh pensyarah pada tahap yang baik. Pensyarah mempunyai kemahiran dan sikap yang positif terhadap pengaplikasian e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan dan sokongan e-pembelajaran oleh pihak pengurusan masih berada dalam keadaan sederhana. Tahap pengaplikasian e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran akan meningkat jika sokongan dan bantuan berasaskan infrastruktur dan kemudahan teknologi digital yang berasaskan e-pembelajaran dapat disediakan.


Keywords


E-Learning, pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), pensyarah KV, pengaplikasian, kemahiran, sokongan, kelakuan, sikap.

Full Text:

PDF

References


Ahmed Abdullah, N., & Sultana Mirza, M. (2020). Evaluating Pre-Service Teaching Practice for Online and Distance Education Students in Pakistan: Evaluation of Teaching Practice. International Review of Research in Open and Distributed Learning, 21(2), 81-97.

Al-Mobaideen, H., & Allahawiah, S. (2012). FACTORS INFLUENCING THE EFFECTIVENESS OF E-LEARNING SYSTEMS IN THE EDUCATIONAL PROCESS (" ELECTRONIC LEARNING SYSTEM")(EDUWAVE): JORDAN CASE STUDY. European Scientific Journal, 8(28).

Chung, E., Noor, N. M., & Mathew, V. N. (2020). Are you ready? An assessment of online learning readiness among university students. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 9(1), 301-317.

Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53-64.

Baharuddin, S. H., & Badusah, J. (2016). TAHAP PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH (Level of Using Web 2.0 in Malay Language Teaching Secondary School Teacher). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 38-48.

Cao, W., Fang, Z., Hou, G., Han, M., Xu, X., Dong, J., & Zheng, J. (2020). The psychological impact of the COVID-19 epidemic on college students in China. Psychiatry research, 287, 112934.

Fauzi, M. F., & Anindiati, I. (2020). E-learning pembelajaran bahasa Arab (Vol. 1). UMMPress.

Ghavifekr, S., & Mahmood, H. (2017). Factors affecting use of e-learning platform (SPeCTRUM) among University students in Malaysia. Education and information technologies, 22(1), 75-100.

Goi, C., & Ng, P. Y. (2008). E-learning in Malaysia: Success factors in implementing e-learning program. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 20(2).

Gravetter, F. J., Wallnau, L. B., & Forzano, L. AB (2016). Essentials of statistics for the behavioral sciences. Nelson Education.

Halili, S. H., & Suguneswary, S. (2017). Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Berasaskan Model Tam Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Tamil. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 31-41.

Kul, Ü., & Çelik, S. (2018). Investigating Changes in Mathematics Teachers' Intentions Regarding Web 2.0 Technology Integration. Acta Didactica Napocensia, 11(2), 89-104.

Mohamad, A. M., & Skudai, J. (2008). Kelemahan penguasaan kemahiran di kalangan pelajar: pedagogi dan teknologi sebagai pendekatan penyelesaian. In Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah (pp. 25-27).

Unger, S., & Meiran, W. R. (2020). Student attitudes towards online education during the COVID-19 viral outbreak of 2020: Distance learning in a time of social distance. International Journal of Technology in Education and Science (IJTES), 4(4), 256-266.

Siemens, G. (2005). Learning development cycle: Bridging learning design and modern knowledge needs. Elearnspace everything elearning.

Sugito, S., Susilowati, S. M. E., Hartono, H., & Supartono, S. (2017). Enhancing students’ communication skills through problem posing and presentation. International Journal of Evaluation and Research in Education (IJERE), 6(1), 17-22.

Tajudin, N. A. M., & Chinnappan, M. (2016). The Link between Higher Order Thinking Skills, Representation and Concepts in Enhancing TIMSS Tasks. International Journal of Instruction, 9(2), 199-214.

Thangaiah, E. A., Jenal, R., & Yahaya, J. (2020). Penerokaan Penggunaan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar dan Pengajar TVET-Satu Kajian Awal (Investigating the E-Learning Usage Among TVET Students and Teachers-A Preliminary Study). Akademika, 90(3).

Van Rooij, S. W., & Zirkle, K. (2016). Balancing pedagogy, student readiness and accessibility: A case study in collaborative online course development. The Internet and Higher Education, 28, 1-7.

Zaili, N., Moi, L. Y., Yusof, N. A., Hanfi, M. N., & Suhaimi, M. H. (2019). The factors of satisfaction on e-learning usage among Universiti Malaysia Kelantan students. Journal of Information System and Technology Management, 4(11), 73-83.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.