Penggunaan Google Classroom untuk Meningkatkan Kemahiran Matematik Murid Sekolah Rendah

Siti Najiyah Khalisah Mat Nor, Rosseni Din

Abstract


Revolusi Industri 4.0 telah memacu dunia ke arah perubahan dari segi pentadbiran negara dan juga kerja seharian. Bidang pendidikan turut sama menerima tempias dari kemajuan pembangunan yang dikecapi ini. Penggunaan teknologi dalam pendidikan mula giat dilakukan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Matematik murid sekolah rendah melalui Modul Penggunaan Google Classroom yang dibangunkan berteraskan Model UDin iaitu Model Universal Design for Learning and Agile. Soal selidik telah dijalankan kepada 6 orang guru pakar Matematik dan 4 orang murid Tahun 3 terpilih bagi melihat keperluan modul ini dibangunkan dan kandungan yang perlu ada dalam modul. Hasil dapatan menunjukkan kesediaan guru dan murid untuk menggunakan modul di samping memberi idea tentang kandungan yang perlu dimasukkan berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Keseluruhan dapatan soal selidik menunjukkan bahawa guru dan murid bersedia untuk menerima suatu perubahan dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang dulu didasari dengan pengajaran konvensional sahaja. Meskipun cabaran tersebut adalah di luar kawalan pihak guru, namun guru perlu mengambil berat tentang pembelajaran murid mereka agar proses pembelajaran di luar kelas tidak menjadi satu penghalang murid untuk menyelesaikan tugasan harian mereka. Kajian sebenar akan dilaksanakan setelah penambahbaikan dilakukan terhadap Modul Penggunaan Google Classroom. Secara keseluruhan, kandungan modul hendaklah mempunyai info berguna dan memacu murid untuk menggunakan Google Classroom bagi memahami sukatan pelajaran subjek Matematik yang padat. Kemahiran sedia ada murid dalam penggunaan teknologi dapat membantu mereka memahami Modul Penggunaan Google Classroom ini dengan mudah jika isi kandungannya dipersembahkan dengan baik dan mesra pengguna.


Keywords


Revolusi Industri, teknologi, GC, google classroom, Model UDin

Full Text:

PDF

References


Alim, N., Linda, W., Gunawan, F., & Md Saad, M. S. (2019). The effectiveness of Google classroom as an instructional media: A case of state islamic institute of Kendari, Indonesia. Humanities and Social Sciences Reviews, 7(2), 240-246.

Branch, R. M., & Gustafson, K. L. (1998). Re-visioning models of instructional development. Educational Technology Research and Development, 45, 73-89.

Din, R. (2018). Foreword from the chief editor: the inaugural issue of JPL. Journal of Personalized Learning, 1(1): i-iii.

Din, R. (2016). Notes from the chief editor: on designing personalized learning. Journal of Personalized Learning, 2(1): i-iii.

Din, R. (2014). Pembinaan dan Permodelan Sistem Pengajaran. Bangi: Penerbit UKM.

Din, R. (2010). Development and validation of an integrated meaningful hybrid Etraining (I-MeT) for computer science: Theoretical-empirical based design and development approach. (Doctoral thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia). Retrieved from http://myto.upm.edu.my/find/Record/ukmvital-3518.

Din, R. (2004). Pembinaan sistem e-Bincang menggunakan rangkaian jauh. (Technical report, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Din, R. (2001). Pembinaan sistem persidangan berkomputer: Sidangkom. (Master thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia). Retrieved from http://myto.upm.edu.my/find/Record/ukm.b13140607.

Fauser, M., Henry, K., & Norman, D. K. (2006). Comparison of alternative instructional design model. Hoboken, NJ: John Wiley & Son, Inc.

Goliong, L., Kasin, A., Johnny, M., & Yulip, N. G. (2020). Cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Pejabat Pendidikan Daerah Ranau. Sabah. 6 Mei.

Hairum, N. (2020, April 17). Carian 'Google Classroom' di Malaysia tertinggi di dunia. SINAR HARIAN.

Hamdan, N. S., & Muhamad, T. A. (2021). Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kuala Lumpur Dan Keterlibatan Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Tempoh Pandemik Covid-19. 2nd International Conference on Education, Social Sciences and Engineering (ICESE 2021).

Ishak, S. A., Din, R., & Hasran, U. A. (2021). Beyond Play: Conceptualising the capability of a good digital game to stimulate interest in STEM. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 20(10), 232-255.

Ishak, S. A., Din, R., & Hasran, U. A. (2020). Defining Digital Game-Based Learning for Science, Technology, Engineering, and Mathematics: A New Perspective on Designand Developmental Research. Journal of Medical Internet Research, 23(2), e20537.

Jafar, M. F., Amran, Z. A., Yaakob, M. F. M., Yusof, M. R., & Awang, H. (2020, October). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19. In Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404 (Vol. 410).

Kaviza, M. (2020a). Aplikasi Google Classroom dalam pembelajaran Sejarah: dari perspektif murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(7), 130-135.

Kaviza, M. (2020b). Satu tinjauan terhadap tanggapan guru-guru Sejrah terhadap penggunaan Google Classroom. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities, 5(8), 133-139.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).

Maharani, N., & Kartini, K. S. (2019). Penggunaan google classroom sebagai pengembangan kelas virtual dalam keterampilan pemecahan masalah topik kinematika pada mahasiswa jurusan sistem komputer. PENDIPA Journal of Science Education, 3(3), 167-173.

Maheran, N., Maksum, A., & Abubakar, E. (2021). The Influence of Intellectual Capital on Firm Value with Profitability as Moderating Variables in Real Estate & Property Companies Registered in Indonesia Stock Exchange, 2008-2018. Jurnal Mantik, 4(4), 2395-2399.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.