Pembentukan Sikap Positif Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran

Ramlah Ab Khalid, Jamil Ahmad, Analisa Hamdan

Abstract


Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun, sistem pentaksiran di Malaysia turut berubah. Pentaksiran Sekolah telah mula dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2011 manakala sekolah menengah pada tahun 2012. Kajian ini dijalankan dengan tujuan menilai pembentukan sikap positif guru sekolah rendah terhadap aktiviti-aktiviti pentaksiran memandangkan pentaksiran ini telah dijalankan selama tiga tahun. Kajian ini merupakan satu kajian kes penilaian yang melibat 80 orang guru di Johor. Dapatan kajian menunjukkan implikasi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah terhadap pembentukan sikap positif guru adalah sederhana dengan min keseluruhan 2.68. Didapati, sikap positif guru bagi aktiviti membuat perancangan ujian, membina item, mentadbir ujian, membuat penskoran, menganalisis eviden, mengaplikasikan maklumat pentaksiran dan membuat pelaporan ujian berada di tahap yang rendah. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Pentaksiran Sekolah tidak memberikan kesan yang positif terhadap pembentukan sikap positif guru terhadap pentaksiran. Justeru itu, cadangan seperti merapatkan jurang perbezaan kefahaman antara pentadbir dan guru, penganjuran kursus dan bengkel berkaitan pentaksiran serta motivasi adalah penting bagi membolehkan matlamat untuk pelaksanaan pentaksiran yang berkesan.


Keywords


Pentaksiran Sekolah (PS); Sikap Positif; Pembelajaran Peribadi; Aktiviti Pentaksiran; Standard Prestasi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.