Pembudayaan Literasi ICT dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Menerusi Persekitaran Pembelajaran Peribadi

Nor Syazwani Mat Salleh, Rosseni Din, Intan Farahana Kamsin, Analisa Hamdan, Siti Zuraida Abdul Manaf, Aidah Abdul Karim, Mazalah Ahmad

Abstract


Pembangunan Persekitaran Pembelajaran yang diperibadikan dalam kajian ini bertujuan untuk menyesuaikan mekanisma pembelajaran secara kendiri dalam kalangan pelajar Orang Asli bagi kemahiran literasi ICT mereka. Hal ini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana pelajar Orang Asli bersedia dan berpengetahuan menggunakan ICT dalam kehidupan seharian mereka menerusi pembelajaran yang diperibadikan. Kajian ini meneliti dan meninjau pengetahuan, kemahiran dan kesediaan literasi ICT dalam kalangan pelajar Orang Asli. Pengetahuan pelajar Orang Asli mengenai tujuan pembelajaran yang diperibadikan, peralatan yang digunakan, aplikasinya terhadap kepelbagaian gaya belajar mereka merupakan fasa yang penting dalam mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang diperibadikan. Dalam fasa kesauran kajian pembangunan ini, data dikumpul menggunakan satu set instrumen kesediaan literasi ICT dan temu bual melibatkan pelajar Orang Asli di Mantin, Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan majoriti pelajar Orang Asli mempunyai pengetahuan dan kemahiran literasi ICT yang rendah. Dapatan kajian membawa implikasi kepada keperluan penggunaan ICT dalam kehidapan seharian pelajar Orang Asli. 


Keywords


Pembelajaran yang diperibadikan; Kemahiran Literasi; ICT; Orang Asli; Gaya Belajar

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.