Bahan lignoselulosa pokok Akasia (Acacia mangium) terpirolisis sebagai media tanaman tanpa tanah untuk penyemaian keratan batang pokok semambu

Authors

  • Muhammad Norazraa Nordin UKM
  • Rusli Daik [Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia]

Keywords:

lignoselulosa, pirolisis, media tanaman tanpa tanah, pokok semambu, Azadirachta indica

Abstract

Kajian penghasilan lignoselulosa terpirolisis dari kayu Akasia sebagai media penanaman tanpa tanah dijalankan dengan menggunakan teknik pirolisis. Komponen lignoselulosa yang utama terdiri dari hemiselulosa, selulosa dan lignin. Kayu Akasia terlebih dahulu diuji dengan instrumen analisis termogravimetrik (TGA) untuk mengenalpasti suhu dan tempoh penguraian bagi komponen di dalam bahan lignoselulosa. Bahan linoselulosa kayu akasia kemudiannya melalui proses pirolisis menggunakan relau pada julat suhu 240°C - 380°C untuk tiga tempoh masa yang berbeza iaitu 15 minit, 35 minit dan 40 minit. Penentuan pH dan ujian penyerapan air serta pencirian menggunakan Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier (FTIR), Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) dan BET dijalankan ke atas setiap sampel. Pemilihan sampel untuk dijadikan sebagai media tanaman telah dibuat berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang telah dijalankan. Penyediaan media penanaman dibahagikan kepada tiga jenis iaitu dengan menggunakan 100% bahan ligonselulosa terpirolisis, 100% batu kerikil dan juga campuran batu kerikil dan bahan lignoselulosa terpirolisis (50:50). Ujian semaian menggunakan keratan batang pokok semambu (Azadirachta indica) telah dikaji. Semaian dibuat dalam tiga media yang berbeza untuk tempoh selama dua minggu.

References

Anwar, Z., Gulfraz, M. & Irshad, M. 2014. Agro-industrial lignocellulosic biomass a key to unlock the future bio-energy: A brief review. Journal of Radiation Research and Applied Sciences, 7(2), 163–173. doi:http://dx.doi.org/10.1016/j.jrras.2014.02.003

Danarto, Y. C., Utomo, P. B. & Sasmita, F. 2010. Pirolisis Limbah Serbuk Kayu dengan Katalisator Zeolit 1–6.

Kan, T., Strezov, V. & Evans, T. J. 2016. Lignocellulosic biomass pyrolysis : A review of product properties and effects of pyrolysis parameters. Renewable and Sustainable Energy Reviews, 57, 1126–1140. doi:10.1016/j.rser.2015.12.185

Abel, S., Peters, A., Trinks, S., Schonsky, H., Facklam, M. & Wessolek, G. 2013. Geoderma Impact of biochar and hydrochar addition on water retention and water repellency of sandy soil. Geoderma, 202–203, 183–191. doi:10.1016/j.geoderma.2013.03.003

Laird, D. A., Fleming, P., Davis, D. D., Horton, R., Wang, B. & Karlen, D. L. 2010. Geoderma Impact of biochar amendments on the quality of a typical Midwestern agricultural soil. Geoderma, 158(3–4), 443–449. doi:10.1016/j.geoderma.2010.05.013

Wall, A. & Heiskanen, J. 2003. Water-retention characteristics and related physical properties of soil on afforested agricultural land in Finland 186, 21–32. doi:10.1016/S0378-1127(03)00239-1

Kaudal, B. B., Chen, D., Madhavan, D. B., Downie, A. & Weatherley, A. 2015. Pyrolysis of urban waste streams: Their potential use as horticultural media. Journal of Analytical and Applied Pyrolysis, 112, 105–112. doi:10.1016/j.jaap.2015.02.011

Bradbury, A. G. W., Sakai, Y. & Shafizadeh, F. 1979. A kinetic model for pyrolysis of cellulose. Journal of Applied Polymer Science, 23(11), 3271–3280. doi:10.1002/app.1979.070231112

Himawanto, D. A., Budiana, E. P. & Joko, P. (n.d.). Bagus Setiawan, 2 Dwi Aries Himawanto, 3 Eko Prasetyo Budiana, 4 Purwadi Joko Widodo 1 49–56.

Beck, D. A., Johnson, G. R. & Spolek, G. A. 2011. Amending greenroof soil with biochar to affect runoff water quantity and quality. Environmental Pollution, 8–15. doi:10.1016/j.envpol.2011.01.022

Surest, A. H., Reza, M. S. & Priyayi, D. (n.d.). BAHAN BAKAR CAIR 19(4), 38–44.

Debashri, M. & Tamal, M. 2012. A Review on efficacy of Azadirachta indica A . Juss based biopesticides : An Indian perspective 1(3), 94–99.

Downloads

Published

2017-10-05

Issue

Section

Articles