PEMBANGUNAN KERANGKA KONSEP RUMAH MAMPU MILIK BERTANAH DI PINGGIR BANDAR BAGI GOLONGAN EKSEKUTIF MUDA DI LEMBAH KLANG.

R. Rofiei, N. M. Tawil, I. M. S. Usman

Abstract


Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat alternatif kepada pemilikan rumah mampu milik terhadap golongan eksekutif muda yang bekerja di kawasan Lembah Klang. Umum telah mengetahui bahawa harga rumah di kawasan Lembah Klang kini bukanlah berada pada tahap mampu milik. Oleh itu, kebanyakan golongan eksekutif muda telah memilih untuk tinggal di kawasan luar bandar walaupun berkerja di kawasan Lembah Klang terutamanya di pusat-pusat bandar. Kajian ini hendak menilai kesediaan sebenar golongan ini untuk tinggal di kawasan luar bandar Lembah Klang walaupun bekerja dalam kawasan Lembah Klang. Berdasarkan tahap kesediaan golongan ini, kehendak dan keperluan mereka terutamanya dalam aspek perumahan mampu milik dan pemilikan rumah di pinggir bandar dapat diukur.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.