Kajian Dan Analisis Terhadap Asas Dan Akar Rekabentuk Masjid-Masjid Warisan Di Alam Melayu

M. Surat, N.A.G Abdullah, I.M.S Usman, N. M. Tawil, A.H Ismail

Abstract


Kajian ini yang telah dilakukan untuk mencadangkan buat pertama kalinya teori bahawa tipologi masjid bumbung meru dari Alam Melayu adalah diasaskan dan dibangunkan dari gagasan masjid di Timur Tengah, dengan membahaskan kemungkinan gagasan asas kubah tengah (‘central mosque’) dan laman ‘sahn’ wujud walupun dalam bentuk bumbung meru berstruktur kayu dengan serambi atau balai yang mempunyai bentuk berbeza tetapi wujud seperti tipologi di Timur Tengah. Teori ini amat berbeza dengan teori umum masa kini yang menganggap bahawa bentuk tipologi masjid tersebut datangnya khusus dari Alam Melayu dan di asaskan melalui tipologi kuil dan candi dari kepercayaan Buddha, Hindu dan kepercayaan kuno atau anamisme. Teori ini juga berbeza dengan pandangan popular bahawa bentuk tipologi segiempat sama berbumbung pyramid atau meru ini diasakan dari tipologi rumah Jawa, wantilan, cungkup dan sebagainya. Kajian ini menggunakan metodologi perbandingan tipologi masjid warisan Alam Melayu sebelum kurun ke 19 di Malaysia dan Indonesia serta masjid-masjid yang terdapat di Timur Tengah khususnya yang dibangunkan dalam era Dinasti Uthmaniah. Kajian ini penting  jika dilihat dari dua aspek utama. Pertama, dari aspek ilmu sejarah; dimana kajian ini dapat menyumbangkan kepada penambahan ilmu tentang tipologi dan penjenisan sebuah bangunan yang dianggap suci oleh umat Islam. Selama ini terdapat beberapa aspek tentang masjid Alam Melayu yang belum diketahui dan dapat ditampilkan buat pertama kalinya dalam hasil kerja ini. Kedua, kajian ini mempunyai kesan besar ke atas para arkitek yang ingin menggunakan pendekatan ‘revivalism’ atau ‘regionalism’ kerana ia memberi ruang lingkup yang lebih luas dan juga boleh dikatakan sebagai idea yang  berdayamaju dari hal rekabentuk bangunan masjid.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.