Analisis Tipologi Dan Pendekatan Perancangan Masjid Moden Di Dunia

N. Utaberta, M.T.M. Rasdi, N. Spalie, N.A.G Abdullah, M.M. Tahir

Abstract


Kertas kerja ini akan berusaha melakukan dokumentasi, mengklasifikasikan dan menjelaskan pelbagai pendekatan dan kaedah perancangan yang digunakan pada perancangan masjid moden di serata dunia. Kajian dijalankan dengan melakukan analisa kandungan atau kajian pustaka dan literatur terhadap pelbagai pendekatan perancangan masjid moden tersebut. Pembahasan kertas kerja ini akan terdiri dari pendekatan revivalisme, pendekatan metafor, pendekatan geometri, pendekatan strukturalisme dan pendekatan regionalisme. Masjid yang dijadikan objek kajian sendiri terdiri daripada masjid yang dibangunkan di antara tahun 1950 hingga tahun 2000-an. Walaupun mungkin dirasa tidak mencakupi banyak masjid namun diharapkan kajian ini dapat memulakan sebuah kajian yang lebih mendalam dan lengkap bagi mengklasifikasikan dan mengelompokkan pelbagai masjid moden tersebut berdasarkan karakter dan pendekatan yang dimiliki di masa depan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.