PENDEKATAN KONSEP PELAN BANGUNAN TERBUKA DALAM PEMBANGUNAN PERUMAHAN

R. Rofiei, K. A. Kosman, N.M Tawil, A.R. Musa, Norsiah Mohamad

Abstract


Penulisan ini adalah bertujuan untuk memperlihat falsafah penerapan konsep pelan bangunan terbuka (open building planning) dalam sektor perumahan sekaligus dapat menjadikan sesebuah rumah tersebut mampu milik. Penghuni adalah sebagai pengguna yang menjadi teras utama dalam menentukan kemudahalihan (flexibility) dalam pembangunan reka bentuk. Seterusnya prinsip, aspek dan juga langkah dalam perlaksanaan konsep pelan bangunan terbuka yang menjadi garis panduan berdasarkan dua aspek iaitu sosial dan teknikal turut dibahaskan. Secara kesimpulannya, pendekatan konsep pelan terbuka dalam sektor perumahan dapat memberikan penghuni peluang untuk menentukan citarasa perumahan berdasarkan kehendak dan kemampuan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.