Model Pengukuran Kecekapan Penggunaan Ruang Pembelajaran Pengajian Tinggi

A.M. A. Shah, N.M. Tawil, A. I . Che Ani

Abstract


Ruang pembelajaran merupakan sumber fizikal utama kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) di Malaysia. Secara umumnya ruang di dalam universiti adalah hak milik dan diuruskan oleh
pihak universiti itu sendiri. Pihak universiti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ruang yang
digunakan oleh warga kampus termasuk orang yang berkepentingan. Namun begitu kepentingan
kajian sumber fizikal IPTA ini masih belum disedari oleh sesetengah organisasi. Pengurusan ruang
pembelajaran merupakan salah satu pengurusan yang terpenting dalam pengurusan sumber fizikal
di IPTA. Pengurusan ruang dianggap penting bukan sahaja dari segi pengoptiman tetapi juga
berkaitan dengan kos operasi penyenggaraan. Maka implikasi kos berkaitan dengan sumber fizikal
kepada IPTA adalah besar. Justeru, kertas ini memberikan formulasi yang perlu digunakan dalam
menentukan kecekapan penggunaan ruang di Institusi.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.