REKABENTUK BANGUNAN DAN FASAD PEMBANGUNAN KAMPUS LESTARI KOLEJ KOMUNITI

Nur Yasmin Yaaman, Norngainy Mohd Tawil, Adi Irfan Che Ani

Abstract


Sebagai sebuah Negara yang menyokong penuh usaha kelestarian pembangunan, isu kelestarian persekitaran telah dimasukkan selaras dengan pembangunan ekonomi dalam perancangan Jangka Panjang Malaysia melalui “Third Outline Perspective Plan 2001-2010”.  Kelestarian pembangunan dalam pendidikan atau Education for Sustainable Development (ESD) merupakan salah satu cadangan kelestarian pembangunan yang telah dicadangkan oleh Malaysia. Hal ini menyebabkan institusi pendidikan negara, khususnya institusi pendidikan tinggi mula menjalankan usaha dalam transisi ke arah pembangunan kampus lestari. Kebanyakan institusi pengajian tinggi di Malaysia mula mengambil langkah menghasilkan garis panduan rekabentuk kampus yang lebih khusus dan menjadikan rekabentuk pembangunan kampus lestari sebagai tema dan prinsip yang utama dalam garis panduan tersebut. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan sebuah kerangka pembangunan kampus lestari bagi kolej komuniti yang akan digunapakai oleh seluruh agensi pembangunan sama ada di peringkat kementerian, jabatan, pentadbiran kolej mahupun agensi yang dilantik. Kerangka ini bagi memastikan pembangunan kolej komuniti pada masa akan datang mematuhi prinsip-prinsip kelestarian yang bersesuaian mengikut corak pembelajaran yang ditawarkan. Kerangka ini bukan sahaja untuk pembangunan baru tetapi juga bagi penambahbaikan bangunan sedia ada.

 

Kata kunci: kelestarian pembangunan dalam pendidikan, kampus lestari, pembangunan lestari, garis panduan pembangunan, prinsip kelestarian.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.