PENDEKATAN SENI BINA KONTEKSTUAL DALAM PERSEKITARAN WARISAN
Abstract
Pada masa kini, kebanyakan arkitek ingin merekabentuk bangunan yang ikonik yang berdiri megah dan menjadi mercu tanda serta kebanggaan bagi dirinya. Namun, ada diantara bangunan mereka itu seakan-akan tidak bersesuaian dengan konteks setempat atau ‘out of place’. Malah bangunan tersebut bukan sahaja merosakkan nilai setempat, tetapi ia juga turut memutuskan hubungkait antara bangunan lama dan bangunan baru. Oleh yang demikian, penulisan ini bertujuan untuk memfokuskan perbincangan berkenaan elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk sebuah bangunan dan kepentingannya melalui pendekatan seni bina kontekstual dalam persekitaran warisan. Ini amat penting untuk menunjukkan perkaitan dan hubungkait antara baru dan lama disamping dapat merekabentuk bangunan yang menghormati persekitaran warisan di kawasan sekitarnya. Antara karakter seni bina kontekstual yang diambil kira ialah turutan (order), skala dan perkadaran (scale and proportion), warna, bahan dan tekstur (colours, materials and textures), simetri (symmetry), ritma (rhythm) dan perincian (detail). Hasilnya, melalui pendekatan seni bina kontekstual ini dapat merekabentuk bangunan baru yang mengekalkan karakter dan menjamin fabrik bagi kawasan warisan.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.