ADAPTASI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DALAM PERSEKITARAN BERSEJARAH
Abstract
Pada masa kini pembinaan bangunan tinggi yang berlaku secara mendadak di serata bandar telah menimbulkan beberapa persoalan tentang bangunan terdahulu ataupun erti kata lain bangunan bersejarah. Sebahagian dalam pembinaan bangunan tinggi ini terdiri daripada perjabat berbilang tingkat, kediaman dan pembangunan bercampur yang sedang rancak dibina atau peringkat perancangan di pusat-pusat bandar mahunpun di pinggir bandar. Dalam penulisan ini, beberapa bangunan diambil sebagai kajian kes. Terdapat beberapa karateria asas yang perlu diambil kira sebelum pemilihan tapak bangunan tinggi dicadangkan. Dalam sesebuah persekitaran sejarah kebiasaannya mempunyai geografi ciri-ciri khas dengan persekitaran berbukit puncak yang tinggi, dan watak ini meningkatkan nilai latar langit (skyline) di sesebuah bandar. Latar langit ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh jisim (massing) bangunan-bangunan tinggi. Dalam perkembangan pembangunan pada hari ini, dapat dilihat bahawa bangunan-bangunan yang tinggi tidak berada dalam keadaan yang harmoni pada latar langitnya. Bangunan-bangunan tinggi memberi impak dan kesan negatif pada latar langit bersejarah kerana ciri-ciri topografi khas bandar. Penulisan ini membincangkan kriteria bangunan tinggi dalam persekitaran bandar warisan dan latar langit bersejarah di sesebuah bandar, dan mengupas elemen utama bagi penerapan nilai sejarah warisan pada bangunan tinggi dimana mampu membaiki kualiti rekabentuk rupabandar.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.