STRATEGI KELESTARIAN DALAM BANGUNAN TINGGI

Nor Afifah Husen, I.M.S. Usman, M.K.A. Mat Sulaiman, M.F. Bukhori

Abstract


Penulisan ini akan memfokuskan perbincangan berkenaan strategi yang perlu diambil kira dalam merekabentuk sebuah bangunan pencakar langit yang berpandukan senibina lestari. Ini menunjukkan bagaimana perpindahan teknologi di dalam area pembinaan telah diguna pakai dalam sistem bangunan pencakar langit untuk mencapai prestasi terbaik. Ini kerana proses merekabentuk bangunan tinggi melibatkan pelbagai bidang termasuklah komponen senibina, struktur, dan sistem HVAC (heat, ventilation and air conditioning). Beberapa contoh bangunan generasi baru yang menitikberatkan kelestarian dalam bangunan dijadikan sebagai rujukan kajian kes. Kajian ini telah menyimpulkan bahawa bangunan tinggi akan menggunakan tenaga yang tinggi, golongan pereka pada generasi akan datang akan beralih kepada strategi rekabentuk “tenaga sifar” secara berperingkat. Dalam pendekatan ini, iklim setempat menjadi salah satu daripada kelebihan untuk rekabentuk bangunan yang menjadikan bangunan itu sendiri sebagai sumber tenaga. Tidak mustahil pada satu masa nanti, bangunan tinggi akan menghasilkan tenaga tambahan yang boleh dijual kepada pusat janakuasa bandar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.