FAKTOR MEMPENGARUHI KEGAGALAN PENJUALAN HARTA TANAH PERDAGANGAN JENIS RUMAH KEDAI

N.I. Mohamad

Abstract


Laporan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) merekodkan sejumlah 5,931 unit rumah kedai di Malaysia telah siap dibina tetapi tidak terjual dimana Negeri Sembilan mencatatkan jumlah kedua tertinggi selepas negeri Johor. Kajian ke atas rumah kedai siap dibina tidak terjual di Bandar Baru Nilai menjadi sampel kajian memandangkan ia terletak berdekatan dengan lapangan terbang Antarabangasa KLIA, Litar Antarabangsa Sepang, institusi-institusi pendidikan dan dikelilingi oleh skim-skim perumahan, tetapi masih terdapat lambakan rumah kedai yang siap dibina dan tidak terjual. Fokus penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor kegagalan penjualan rumah kedai di Bandar Baru Nilai dan seterusnya menentukan faktor kritikal kegagalan penjualan harta tanah perdagangan jenis rumah kedai di bandar baru. Data kajian diperoleh daripada sumber literatur dan soalan kaji selidik dengan pemaju, Majlis Perbandaran, pembeli/penyewa dan penduduk setempat. Faktor-faktor yang dikenalpasti adalah faktor ekonomi, demografi, politik, lokasi, kemudahan asas dan awam, pinjaman kewangan, fizikal produk, harga atau sewa pasaran, dan stok rumah kedai semasa produk siap untuk dihuni, faktor pemaju dan faktor masa.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.