Isu dan Kepentingan Dokumentasi Serta Klasifikasi Dalam Kajian, Pendekatan dan Interpretasi Terhadap Seni Bina Islam Moden Di Nusantara

N. Utaberta

Abstract


Tujuan utama dari penulisan kertas kerja ini adalah untuk menjelaskan tentang kepentingan proses dokumentasi dan klasifikasi yang memberikan implikasi terhadap interpretasi dalam Seni Bina Islam Moden di Nusantara. Kajian ini sangat penting dalam usaha menentukan halatuju kajian terhadap Seni Bina Islam di Nusantara terhadap beberapa kajian sejenis yang telah dijalankan sebelum ini. Pembahasan ini juga penting bagi memahami dan menjelaskan permasalahan yang terjadi akibat kekurangan dokumentasi dan penelitian yang mendalam terhadap aspek nilai dan pemikiran dari Seni Bina Islam di Nusantara. Pembahasannya akan terbahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian yang pertama akan membicarakan tentang kepentingan dokumentasi dan klasifikasi terhadap aspek pemikiran, idea-idea dan teori Seni Bina Islam manakala bahagian yang kedua akan membicarakan tentang isu dan masalah yang seringkali menjadi asas dalam proses dokumentasi dan klasifikasi dalam Seni Bina Islam Moden di Nusantara. Melalui kajian ini didapati bahawa satu kepentingan yang harus dilakukan terhadap proses dokumentasi dan klasifikasi bagi pembentukan kerangka teori dan falsafah Seni Bina Islam di Nusantara. Kajian ini juga mendapati beberapa isu dan masalah yang lahir daripada kekurangan dokumentasi dan klasifikasi teori dan falsafah seni Bina Islam di atas. Diharapkan kajian ini akan dapat memulakan sebuah sebuah dokumentasi dan analisis yang lebih lengkap dan menyeluruh terhadap Seni Bina Islam Moden di Nusantara secara umum dan Malaysia secara khusus. 


Refbacks

  • There are currently no refbacks.