KEBERKESANAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI (IBS) KERANGKA KELULI DALAM PEMBINAAN RUMAH TERES

I.M.S Usman, Shahril Ezral S.I., M.M. Tahir, M.F.I Mohd-Nor, Abdul Halim Ismail

Abstract


Kajian ini adalah kajian yang bersifat kajian topikal yang mengkaji   sistem pembinaan jenis binaan berindustri dan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sistem IBS kerangka keluli dalam pembinaan perumahan teres di Malaysia. Kajian selama enam (6) bulan yang amat singkat ini mempunyai  skop kajian yang agak terhad. Matlamat akhir dalam penghasilan kajian  ini adalah mengkaji kelebihan kekurangan pembinaan sistem IBS kerangka keluli dalam pembinaan rumah teres.  Selain mengadakan kajian kes terhadap pengeluar sistem kerangka keluli IBS itu sendiri, pendapat pakar teknologi sistem keluli dan analisis kandungan kajian pustaka tentang pengetahuan serta pendedahan teknologi juga dianalisis. Hasil daripada aliran metodologi seperti kajian literasi, kajian kes dan juga temu ramah. Sistem kerangka keluli dalam pembinaan rumah teres tingkat dapat memberi kesan yang positif dalam menyelesaikan masalah seperti kos pembinaan dan juga tempoh pembinaan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.