REKA BENTUK FASAD DAN IDENTITI SETEMPAT PADA BANGUNAN TINGGI

Amirah Zahirah Ahmad Saleh, M.F.I Mohd-Nor, Mohd Hafiz Mohammad Zin

Abstract


Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti hubungan reka bentuk fasad dan identiti setempat pada bangunan pencakar langit. Gaya seni bina negara ini telah mengalami perubahan selepas kemerdekaan dimana pada masa itu, arkitek yang baru tamat pengajian diluar negara telah pulang dengan membawa fahaman baru tentang seni bina ke bandar-bandar utama di negara ini. Menurut Kamarul Afizi dan Nik Lukman (2007), terdapat beberapa kekangan pada ketika itu kerana ketiadaan garis panduan yang khusus dalam proses mereka bentuk di negara ini. Kedua, ialah kekeliruan definisi dimana ia merujuk kepada kekeliruan dalam pendefinisian sesebuah bangunan berciri kebangsaan. Ketiga ialah nilai harga tanah yang tinggi di kawasan bandar. Diantara kaedah yang digunakpakai untuk penyelidikan ini adalah kaedah kajian kes. Kajian kes telah dilakukan terhadap bangunan HSBC Hong Kong oleh Arkitek Norman Foster, dan juga Menara Telekom oleh Arkitek Hijjas Kasturi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan atas tujuan ingin memberikan pendedahan serta membantu bakal arkitek pada masa yang akan datang agar lebih prihatin dan mampu mengadaptasikan identiti setempat pada reka bentuk fasad sesebuah bangunan tinggi.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.