KAEDAH PENERAPAN KELESTARIAN PADA BANGUNAN TINGGI DI KOREA SELATAN

Sarah Mohd Hilmee, M.F.I Mohd-Nor, Mohd Hisyamuddin Kassim

Abstract


Kajian ini berkaitan dengan penerapan kaedah kelestarian pada bangunan tinggi di Korea Selatan. Kajian ini dikendalikan untuk melihat serta memahami konsep-konsep kelestarian yang bukan hanya merangkumi aspek teknologi hijau tetapi juga aspek alam sekitar, ekonomi dan kemanusiaan. Pelbagai salah faham boleh timbul apabila konsep kelestarian cuba diadaptasikan kepada bangunan tinggi. Kajian literatur dijalankan bagi memahami konsep kelestarian dari sudut global dan juga dari sudut bangunan melalui kajian kes. Kajian kes dijalankan pada dua bangunan di Korea Selatan iaitu bangunan ibu pejabat Amorepacifc HQ oleh David Chipperfield Architects dan juga ibu pejabat Shinsegage International oleh Olson Kundig. Kaedah penerapan elemen kelestarian dapat dilihat melalui pemerhatian ke atas bangunan pilihan serta disusuli dengan kajian literatur bangunan. Diharapkan kajian ini dapat membantu serba sedikit dalam memahami apa itu kelestarian dan bagaimana ia diterapkan kepada bangunan tinggi di Korea, dan seterusnya memberi gambaran bagaimana teknik yang sama dapat digunapakai di Malaysia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.