PENERAPAN IDENTITI SENIBINA KE ATAS BANGUNAN TINGGI : KAJIAN KES URBAN HIVE DAN LOTTE WORLD TOWER, SEOUL, KOREA SELATAN

Moey Sui Min, Noor Hayati Ismail, Mastor Surat

Abstract


Naskah ini membincangkan kaedah penerapan identiti senibina yang telah dilakukan ke atas bangunan tinggi di Seoul, Korea Selatan. Telah menjadi kelaziman pendekatan perancangan bandar moden dan rekabentuk bangunan Gaya Antarabangsa kini telah melunturkan peranan alam bina sebagai penggambaran tampak identiti setempat sesebuah bandar. Hal ini mengakibatkan terhasilnya bandar-bandar moden di seluruh dunia yang kelihatan seragam dan kurang penerapan identiti setempat terutamanya ke atas binaan bangunan-bangunan baru. Kajian kes secara pemerhatian dilakukan ke atas dua buah bangunan tinggi di Seoul, Korea Selatan untuk mengkaji kaedah penerapan identiti senibina ke atas bangunan tinggi tersebut. Dari hasil kajian, didapati bahawa terdapat beberapa kaedah penerapan identiti senibina ke atas reka bentuk bangunan tinggi moden yang telah diamalkan yang boleh dijadikan panduan untuk tugas rekabentuk bangunan tinggi selanjutnya.

Kata Kunci: identiti senibina, bangunan tinggi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.