TIPOLOGI PERUMAHAN BANDAR MIKRO BAGI GOLONGAN BUJANG B40 DI KUALA LUMPUR

Nur Nabilah Ahmad Shahlan, Mohd Iskandar Abd Malek, Norul Fazlina Khashim

Abstract


Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti dan memahami tipologi rekabentuk perumahan bandar mikro yang sedang mengambil tempat di Bandaraya Kuala Lumpur.  Tipologi perumahan bandar mikro yang dibangunkan ini terletak di tengah pusat bandar dan dikhususkan kepada golongan sasar B40 yang baru memulakan karier serta mempunyai pendapatan yang rendah. Kedua, cadangan tipologi perumahan bandar mikro juga dikaji sebagai usaha untuk memahami lebih terperinci mengenai konsep perumahan bandar mikro, reka bentuk dan kepentingannya di kawasan perbandaran. Kaedah yang digunakan untuk penyelidikan ini adalah dengan pemerhatian di tapak kajian melalui kaedah kajian kes. Kajian ini akan dijalankan ke atas perumahan bandar mikro DBKL serta cadangan rekabentuk dari firma arkitek tempatan iaitu Firma Tetowowe Atelier sebagai kajian kes bagi memastikan matlamat kajian ini dapat dicapai. Oleh itu, hasil kajian dan dapatan yang diperoleh ini akan dimanfaatkan sebagai pendedahan dan panduan kepada para arkitek dan perekabandar dalam memahami rekabentuk tipologi perumahan bandar mikro khususnya di Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.