PEMBANGUNAN KERANGKA DEFINISI SENI BINA MELAYU MODEN DI MALAYSIA
Abstract
Pembangunan rekabentuk yang tidak mencerminkan kebudayaan Malaysia telah mencetus paradigma pemikiran bagi mencipta suatu karekter rekabentuk yang mencerminkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya. Wacana pembangunan identiti seni bina nasional ini telah mula dibicarakan seawal tahun 1950-an melalui penerbitan yang bertemakan ‘towards a Malayan Architecture’ (ke arah seni bina Malaya). Salah satu resolusi yang disepakati di dalam membina karekter identiti seni bina nasional ialah melalui pengadaptasian nilai kesenian Melayu di dalam rekabentuk bangunan (Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, 1981). Setelah melebihi enam dekad, perbahasan mengenai identiti seni bina Malaysia ini dilihat tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Walaupun pembudayaan nilai tradisional pada pembangunan moden dilihat penting bagi membina karakter identiti negara, pengaruh modenisasi tidak harus diabaikan, khususnya modenisasi masyarakat Melayu. Justeru, sangat penting untuk menjustifikasi hubungan di antara tradisional dan moden, serta apakah aspek yang penting bagi mengimbangi kerangka tradisional dan moden pada pendekatan seni bina hari ini. Oleh itu, pendefinisian senibina Melayu moden adalah penting di dalam merubah halatuju perbahasan ‘identiti seni bina nasional’ yang telah dibahas sekian lama. Kajian ini menilai dan menstruktur semula apakah yang dimaksudkan dengan ‘seni bina melayu moden’ di dalam konteks masyarakat hari ini. Kajian ini dilaksana dengan motodologi kualitatif, berdasarkan teori, konsep dan perbahasan mengenai isu modenisasi dan perkembangan senibina yang berlaku di Malaysia dan barat. Kajian ini diharap akan dapat memberi impak yang besar di dalam perangkaan dan pembangunan ‘identiti senibina Nasional’ pada masa akan datang.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.