TIPOLOGI BANGUNAN SENI BINA MELAYU MODEN DI MALAYSIA

Azmal Bin Sabil, Nasrul Arif Ahmad Mahmud, Nadiyah Noor Hisham

Abstract


Pengadaptasian nilai rekabentuk seni bina Melayu tradisional kepada bangunan moden telah diwartakan sebagai salah satu jalan di dalam membina bahasa identiti seni bina kebangsaan seperti yang telah dinyatakan di dalam ‘Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina’ pada tahun 1981. Sungguhpun mendapat galakan daripada kerajaan, jumlah pembangunan  rekabentuk bangunan baru yang mengadaptasi nilai warisan seni bina Melayu tradisional masih kecil, malah daripada jumlah yang kecil ini, hanya segelintir daripadanya diklasifikasi mempunyai kualiti rekabentuk yang baik. Di dalam kajian ini, penilaian dan klasifikasi dilaksanakan terhadap 12 buah bangunan seni bina Melayu Moden di Malaysia; iaitu merujuk kepada bangunan moden di Malaysia yang direkabentuk dengan mengadaptasi nilai dan karakteristik yang wujud dalam bahasa senibina Melayu tradisional dan juga warisan kesenian dan kebudayaan Melayu. Melaluinya, tipologi bangunan seni bina melayu moden dibentuk dari kerangka seni bina moden klasikal di Barat, di mana kesemua 12 buah bangunan ini telah diklasifikasi mengikut kerangka ini. Kajian ini diharap akan dapat memberi impak di dalam merevolusi pemikiran seni bina Melayu moden di masa akan datang, seterusnya menjadi jambatan kepada pembangunan identiti seni bina nasional yang lebih mapan dan komprehensif.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.