PERBANDINGAN KEBERKESANAN KAEDAH MENDOKUMENTASIKAN MAKLUMAT BANGUNAN WARISAN MELALUI PERWAKILAN DIGITAL BIM DAN CAD
Abstract
Dokumentasi merupakan proses utama dalam pemuliharaan bangunan sebelum sebarang keputusan dalam kerja-kerja pemuliharaan dibuat terhadap bangunan warisan. Warisan umumnya didefinasikan sebagai sesuatu yang bernilai yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang baru. Oleh itu, pendokumentasian maklumat bangunan warisan memerlukan kaedah dan teknik yang inovatif supaya data maklumat bangunan dapat diuruskan dengan baik bagi memastikan sebarang perubahan, pembaikan, penambahan atau perobohan bahagian aset dicatat dengan betul dalam usaha mengekalkan kesahihan aset. Building Information Modelling (BIM) merupakan salah satu kaedah pendokumentasian bangunan yang sedang digunapakai pada era teknologi kini selain daripada kaedah mendokumentasikan bangunan menggunakan Computer-Aided Drafting (CAD). Walau bagaimanapun, penggunaan BIM di Malaysia masih di peringkat awal pertumbuhan. Kaedah mendokumentasikan bangunan ke dalam bentuk lukisan menggunakan CAD pula telah lama digunakan, namun kos penyelengaraan agak tinggi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membandingkan keberkesanan kaedah mendokumentasikan maklumat bangunan warisan menggunakan teknologi BIM dan CAD. Hasil kajian melalui temu bual terhadap syarikat yang menggunakan teknologi BIM dan CAD mendapati bahawa teknologi BIM lebih berkesan dalam mendokumentasikan bangunan warisan kerana ianya memiliki tetapan fungsi yang dapat menghasilkan lukisan yang lebih tepat berbanding CAD. Pengurusan aktiviti pendokumentasian juga lebih mudah dijalankan melalui BIM kerana ianya memiliki sistem koordinasi data yang bersepadu dan jitu. BIM dapat meningkatkan ketepatan maklumat model lukisan dan seharusnya digunapakai dalam aktiviti pemuliharaan bangunan warisan.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.