Asas Pembuatan Kerongsang Melayu

(Basic Manufacturing of Malay Brooch)

  • Nur Nasuha Samsudin UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Muammar Ghaddafi Hanafiah UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Etnografi, Kerongsang Melayu, Malaysia, Melayu Kontemporari, Melayu Tradisi

Abstract

Kajian ini mengenai asas pembuatan kerongsang Melayu. Kajian dilakukan untuk mengenalpasti asas pembuatan kerongsang Melayu di Malaysia. Kajian bersifat komprehensif belum pernah dilakukan. Kajian ini mengenalpasti perubahan pada kerongsang dan tradisi ke kontemporari. Kajian lain ialah mengenalpasti bahan dan teknik-teknik dalam pembuatan kerongsang Melayu. Tujuan kajian ini mengenalpasti pembuatan kerongsang Melayu tradisi, mengenalpasti pembuatan kerongsang Melayu kontemporari dan bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan kerongsang Melayu. Metodologi kajian ini dilakukan di beberapa lokasi seperti muzium tradisi dan di kilang pembuatan kerongsang Melayu D’orRue Sdn Bhd yang terletak di Batu Caves. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan etnografi seperti pemerhatian, tinjauan, dokumentasi dan kepustakaan. Hasil kajian tentang kerongsang Melayu ialah pengetahuan tentang cara pembuatan kerongsang melayu tradisional yang terdiri daripada beberapa teknik iaitu teknik tebuk, teknik pahat, teknik karut dan teknik pahat silat. Proses pembuatan kerongsang cara moden kontemporari yang dikaji seperti acuan reka bentuk, pendinginan, pemutus acuan, mengilap, kimpalan, saduran emas atau rodhium, penatahan batu, kristal atau mutiara, dan pembersihan. Sumbangan kajian ialah asas pembuatan kerongsang Melayu cara tradisional dan cara moden dikilangkan dapat dikenal pasti.

Kata kunci: Etnografi, Kerongsang Melayu, Malaysia, Melayu Kontemporari, Melayu Tradisi

 

ABSTRACT

 

This study is about the basic of making Malay brooches. To identify the basic for manufacture of Malay brooches. Comprehensive research has never been done. To identifies changes to brooches for traditions to contemporary. The identification of materials and techniques in the manufacture of Malay brooches. The purpose is to identify the manufacture of traditional Malay brooches, to identify the manufacture of contemporary Malay brooches and materials used in the production of Malay brooches. This study is at the national museum and D'orRue Sdn Bhd located at Batu Caves. Research uses ethnographic approaches such as observations, surveys, documentation and literature. Research of Malay brooches are the knowledge of how to manufacture traditional Malay brooch, which consists of several techniques; teknik tebuk, teknik pahat, teknik karut and teknik pahat silat. The process of making contemporary brooches such as design molds, cooling, molding, shiny, welding, gold plating or rodhium, making accessories, crystal or pearl cleaning, and cleaning. The contribution is the basis of traditional Malay brooches and the modern way of manufacturing can be identified.

Keywords: Ethnography, Malay Brooch, Malaysia, Contemporary Malay, Traditional Malay

Published
2019-10-09
How to Cite
Samsudin, N. N., & Hanafiah, M. G. (2019, October 9). Asas Pembuatan Kerongsang Melayu. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1 - 8. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/144