Hikayat Nabi Adam: Satu Kajian Teks dan Analisis Berdasarkan Pengkaedahan Keagamaan

(Hikayat Nabi Adam: A Text Study and Analysis Based an Religious Approach)

  • Nurul Nasuha Mohd Rosle UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Zubir Idris UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: manuskrip, Hikayat Nabi Adam, Pengkaedahan Keagamaan, Islam, dakwah

Abstract

Kajian ini menggunakan naskhah Hikayat Nabi Adam sebagai bahan kajian. Dalam menyempurnakan analisis data, kajian ini menggunakan teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang. Kajian ini memfokuskan kepada Pengkaedahan Keagamaan. Terdapat tiga fokus utama dalam Pendekatan Keagamaan ini iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni. Fokus kajian yang dijalankan ini adalah untuk meneliti nilai-nilai Islam dan sejarah asal-usul nabi Adam yang terkandung dalam teks yang berlandaskan al-Quran dan hadis melalui pendekatan dakwah yang memancarkan nilai kemurnian, keistimewaan dan keunggulan Islam. Pendekatan ini berfungsi untuk melihat sastera sebagai wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan seseorang insan kepada Allah. Menerusi kajian naskhah ini dapat dilihat perkembangan Islam dan wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan insan kepada Allah. Diharapkan hasil kajian naskhah Hikayat Nabi Adam ini dapat dijadikan sebagai satu asas panduan dalam kehidupan masyarakat.

Kata kunci: manuskrip, Hikayat Nabi Adam, Pengkaedahan Keagamaan, Islam, dakwah.

 

ABSTRACT

 

This study use a copy of Hikayat Nabi Adam as study material. In accomplishing data acquisition, this study use Pengkaedahan Melayu theory introduced by Hashim Awang. This study concentrate to Pengkaedahan Keagamaan. There are three main focus in Pengkaedahan Keagamaan namely Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan and Pendekatan Seni. The focus of this research is to examine the values of Islam and the history of the origins of Adam contained in the text based on the Qur'an and Hadith through missionary approach that flash purity value, privilege and superiority Islamic. This approach function to see literature as a channel to increase piety value or obedience of a human to Allah Thia study examines questions related to even the greatness of Allah and Islam. Through this study hoped the result can be seen of the development of Islam and platforms to enhance the value of piety and hoped Hikayat Nabi Adam can become a basis of guide in community life.

Keywords: manuscript, Hikayat Nabi Adam, Pengkaedahan Keagamaan, Islam, dakwah.

Published
2019-10-09
How to Cite
Mohd Rosle, N. N., & Idris, Z. (2019, October 9). Hikayat Nabi Adam: Satu Kajian Teks dan Analisis Berdasarkan Pengkaedahan Keagamaan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1 -15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/149