Adat Bertunang: Satu Kajian Perbandingan Antara Etnik Melayu Dengan Etnik India

(Custom Engagement: One Comparative Study Between Malay Ethnics with Indian Ethnics)

  • Kogila Sunder Raj UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • Muammar Ghaddafi Hanafiah UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Keywords: Adat Pertunangan, Melayu, Cina, Etnik Malaysia, Perkahwinan

Abstract

Kajian ini menganalisis  adat yang diamalkan oleh etnik Melayu dan etnik India berhubung adat bertunang sebelum upacara perkahwinan masing-masing. Kajian ini dijalankan untuk membandingkan perbezaan adat bertunang antara masyarakat Melayu dengan masyarakat India di Malaysia. Objektif kajiannya adalah untuk mengenalpasti adat bertunang yang diamalkan oleh kedua-dua etnik. Seterusnya, untuk melihat perbezaan adat bertunang antara etnik Melayu dengan etnik India. Tambahan pula, kajian ini juga dijalankan untuk melihat  persamaan adat bertunang antara masyarakat Melayu dengan India. Metod yang digunakannya  ialah kaedah kepustakaan dan kaedah pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa persamaan sahaja antara etnik Melayu dengan etnik India iaitu ialah kedua-dua etnik ini mengamalkan adat merisik sebelum upacara bertunang dilangsungkan. Seterusnya, kedua-dua etnik ini  akan mengadakan adat berinai. Terdapat banyak perbezaan adat bertunang antara masyarakat Melayu dengan India. Antaranya ialah dalam masyarakat India, mengkaji kecocokan pengantin semasa upacara pertunangan diadakan manakala dalam masyarakat Melayu pula, pengkajian kecocokan pengantin tidak diamalkan. Seterusnya ialah dalam masyarakat India penyediaan thaali akan dibincangkan. Dalam masyarakat Melayu, pengantin akan tukar cincin dan membincangkan tentang hal-hal penting sahaja. Oleh itu, kajian ini dapat mengembalikan adat pertunangan  yang telah dilupai oleh generasi masa kini

Kata kunci: Adat Pertunangan, Melayu, India, Etnik Malaysia, Perkahwinan

 

ABSTRACT

This research attempts to present an analysis of the customs practiced by Malay ethnic and Indians ethnic in connection with the custom of being engaged in their respective marriage ceremonies. This research was conducted to compare the differences between engangement ceremonies of Malay and Indian communities. The objective of this study is to identify the traditional customs practiced by Malays ethnics and Indians ethnics. Next is to see the differences between Malay ethnic and Indian ethnic.This study was also conducted to examine the traditional customs of the Malay community with Indians. Methods that used are library methods and observation methods. The findings shows that there are only a few similarities between Malay ethnics and Indian ethnics. Both of the ethnic groups practices custom ‘merisik’ before the engagement ceremony is held. Next, both community will be conducting “henna” ceremony. There are many differences between the Malay community and Indias community. In Indian community, both parties will study the bride's match with each other suit when the engagement ceremony is held while in the Malay community, the study of bridal suitability is not practiced. Next, in the Indian community the preparation of ‘thaali’ will be discussed. In Malay society, the bride will only change the ring and discussed about important matters. Therefore, this research is able to return the custom engagement that has been forgotten by the present generation.

Keywords: Custom Engagement, Malay, Indians, Malaysian Ethnics, Wedding

Published
2019-10-11
How to Cite
Sunder Raj, K., & Hanafiah, M. G. (2019, October 11). Adat Bertunang: Satu Kajian Perbandingan Antara Etnik Melayu Dengan Etnik India. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1 - 9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/164