Pengurusan Kewangan Usahawan: Kajian Kes Usahawan KADA di Kota Bahru, Kelantan

(Entrepreneur Financial Management: A Case Study of KADA Entrepreneurs in Kota Bahru, Kelantan)

  • Nurainsah Sepeai Program Sains Pembangunan, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zaimah Ramli Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Pengurusan kewangan, pengetahuan, kemahiran, sikap, usahawan KADA

Abstract

Pengurusan kewangan memainkan peranan utama kepada setiap individu, begitu juga kepada seorang usahawan. Sebagai seorang usahawan yang memilik sebuah perniagaan, pengurusan kewangan penting bagi melancarkan perjalanan sesebuah perniagaan. Pengurusan kewangan yang tidak sistematik dan efisien akan menyebabkan berlakunya masalah, seperti ketirisan kewangan, penyelewangan dan ketidakstabilan kewangan. Perkara ini akan memberi impak negatif kepada pengurusan kewangan perniagaan. Maka, satu kajian perlu dilakukan ke atas usahawan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Objektif kajian adalah mengukur tahap pengurusan kewangan usahawan KADA. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Teknik persampelan bertujuan akan diaplikasikan dalam pengutipan data. Sasaran sampel kajian adalah 80 orang usahawan KADA di Kota Bharu, Kelantan. Data yang diperolehi akan dianalisis secara diskriptif. Jangkaan hasil kajian adalah sebahagian usahawan masih lemah dalam pengurusan kewangan perniagaan mereka. Hal ini memerlukan perhatian serius dan tindakan segera daripada pihak KADA dan usahawan itu sendiri. Semua ini perlu bagi meningkatkan tahap kemahiran pengurusan kewangan agar ia tidak menjadi satu masalah besar kepada usahawan berkenaan.
 

 

Published
2019-09-30
How to Cite
Sepeai, N., & Ramli, Z. (2019, September 30). Pengurusan Kewangan Usahawan: Kajian Kes Usahawan KADA di Kota Bahru, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 3(3), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/279