Pembentukan Kerajaan Persekutuan Majoriti Melayu Dan Impaknya Terhadap Tingkah Laku Politik Di Kawasan DUN Kajang, Selangor

The Federal Government Formation Of Malay Majority And Its Impact On Political Behavior in the Area of State Legislative Assembly of Kajang, Selangor

  • Muhammad Amirul Fazli Mohd Redwan
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: sistem demokrasi, pilihan raya umum, tingkah laku politik, tanah air, ahli politik

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan berfokuskan kepada kedaulatan dan kebebasan rakyat yang mempunyai peranan penting untuk memilih kerajaan di negara ini. Trend pengundian yang berjalan di negeri Selangor boleh dikatakan kian berubah semenjak dahulu lagi dan perubahan yang dilihat sangat ketara ialah ketika Pilihan Raya Umum 2008 apabila Barisan Nasional mengalami kekalahan yang terbesar di negeri tersebut apabila hanya memenangi 19 daripada 56 buah kerusi yang dipertandingkan. Kekalahan tersebut menyebabkan pemerhati politik tanah air menggelarkannya sebagai “Tsunami Politik” terutamanya dalam kalangan pengundi berbangsa Cina. Justeru itu, adalah menjadi tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pembentukan Kerajaan Persekutuan majoriti Melayu dan impaknya terhadap tingkah laku politik responden di Kawasan DUN Kajang, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik di lapangan dan rujukan sumber sekunder bagi menyokong lagi hasil kajian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati media cetak yang mendapat pilihan tertinggi untuk dijadikan sebagai rujukan bagi mendapatkan maklumat terutamanya perkembangan tempatan serta politik tanah air adalah Berita Harian dengan peratusan sebanyak 76 peratus diikuti oleh Utusan Malaysia sebanyak 72 peratus serta yang ketiga tertinggi ialah Harian Metro sebanyak 54 peratus. Pada peringkat parlimen, sebanyak 58% daripada responden telah mengundi parti Barisan Nasional yang mana bagi peringkat DUN juga sebanyak 58 peratus responden telah mengundi Barisan Nasional. Sokongan yang diberikan ini adalah disebabkan faktor seperti peningkatan nilai terhadap pemberian BR1M disamping terdapat juga masyarakat yang masih yakin terhadap pemerintahan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan. Justeru itu, hasil yang diperolehi daripada kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada pihak yang berkaitan terutamanya golongan ahli politik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan  yang sedia ada supaya mampu mengekalkan sokongan yang diperolehi daripada rakyat setempat.

Kata Kunci: Sistem demokrasi, pilihan raya umum, tingkah laku politik, tanah air, ahli politik

 

ABSTRACT

Malaysia is a country that adopts a democratic system with a focus on the sovereignty and freedom of the people who have an important role in electing the government in this country. The voting trend in Selangor can be said to have changed since time immemorial and the change that was seen was very significant during the 2008 General Election when Barisan Nasional suffered the biggest defeat in the state when it won only 19 of the 56 seats contested. The defeat caused the country's political observers to call it a "Political Tsunami", especially among Chinese voters. Therefore, it is the purpose of this study was to investigate the formation of the Federal Government of the Malay majority and its impact on the political behavior of the respondents in the Kajang, Selangor. This study uses field questionnaires and secondary source reference to further support the results of the study. The results of the study found that the print media that got the highest choice to be used as a reference to obtain information, especially local developments and politics of the country is Berita Harian with a percentage of 76 percent followed by Utusan Malaysia with 72 percent and the third highest is Harian Metro with 54 percent. At the parliamentary level, 58 percent of the respondents voted for the Barisan Nasional party while at the DUN level, 58 percent of the respondents voted for the Barisan Nasional. The support given is due to factors such as the increase in the value of the BR1M grant as well as there are also people who are still confident in the Barisan Nasional government as a government. Therefore, the results obtained from this study can be used as a guide to relevant parties, especially politicians to improve the quality of existing services to be able to maintain the support obtained from local people.

Keywords: Democratic system, general elections, political behavior, country, politicians

Published
2022-07-01
How to Cite
Mohd Redwan, M. A. F., & Awang Besar, J. (2022, July 1). Pembentukan Kerajaan Persekutuan Majoriti Melayu Dan Impaknya Terhadap Tingkah Laku Politik Di Kawasan DUN Kajang, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6(1), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/424