Meneroka Kesan Psikososial Terhadap Mahasiswa Baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Akibat Pandemik COVID-19

Psychosocial Impact on the emotions of new students of Universiti Kebagsaan Malaysia the impact of the pandemic COVID-19

  • Nur Hidayatul Hafizha Zainurul Hisham
  • Noremy Md Akhir
Keywords: Kesan psikososial, mahasiswa, pandemik COVID-19, universiti, emosi

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh golongan mahasiswa baharu tahun satu di semester pertama kerana perlu menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran secara dalam talian. Sepanjang penyebaran wabak COVID-19 melanda di negara ini, rakyat perlu menempuhi kehidupan dengan norma yang baharu.Hampir semua aktiviti perlu dijalankan melaluidalam talian. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk fenomenologidan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan tematik analisis. Kajian ini telah melibatkan tujuh mahasiswa baharu tahun satu di semester pertama. Kajian ini juga telah dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Bangi. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kesan psikososial mahasiswa dan telah menghasilkan sebanyak tujuh tema utama iaitu kesan emosi yang terganggu, masalah kemudahan dalam pembelajaran, ekonomi yang tidak stabil, komitmen, tiada sistem sokongan yang baik, pemikiran yang kurang kreatif dan tiada kemahiran komunikasi yang baik. Implikasi terhadap dasar dan bidang ilmu adalah kajian ini mampu untuk membangunkan sistem sokongan psikososial di setiap universiti supaya dapat diuruskan dengan lebih teratur dan sistematik serta dapat meningkatkan penyelidikan bidang ilmu kerja sosial. Kajian yang terhasil ini diharapkan dapat menjadi panduan serta rujukan kepada pihak yang berkepentingan untuk tujuan penambahbaikan kepada pengkaji akan datang.

Kata Kunci: Kesan psikososial, mahasiswa, pandemik COVID-19, universiti, emosi

 

ABSTRACT

This study was conducted to identify the problems faced by new first year students in the first semester because they need to undergo online learning activities.Throughout the spread of the COVID-19 epidemic that hit the country, the people have had to live with new norms. Almost all activities have to be carried out online.This study has used a qualitative method by using phenomenological design and the data obtained was analyzed using thematic analysis. The study involved seven new first-year students in the first semester. This study was also conducted at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Campus. The objective of this study is to explore the psychosocial effects of students and has produced a total of eight main themes, namely the effects of disturbed emotions, ease of learning problems, unstable economy, commitment, no good support system, need to be independent, less creative thinking and no skills good communication. The implication on the policy and field of knowledge is that this study is able to develop a psychosocial support system in each university so that it can be managed more systematically and systematically as well as to improve research in the field of social work.The resulting study is expected to be a guide and reference to stakeholders for the purpose of improvement to future researchers.

Keywords: Psychosocial effects, students, pandemic COVID-19, university, emotions

Published
2022-07-05
How to Cite
Zainurul Hisham, N. H. H., & Md Akhir, N. (2022, July 5). Meneroka Kesan Psikososial Terhadap Mahasiswa Baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Akibat Pandemik COVID-19. Jurnal Wacana Sarjana, 6(1), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/455