Makna Perkahwinan Daripada Perspektif Wanita Cina Yang Melewatkan Perkahwinan

The Meaning of Marriage Among Chinese Women Who Delayed Marriage

  • Goh Wei Sing
  • Azlina Abdullah
Keywords: Wanita, kahwin lewat, makna perkahwinan

Abstract

Dalam masyarakat tradisional, perkahwinan dilihat sebagai elemen yang penting dalam sosialisasi masyarakat melalui pembentukan hubungan antara dua keluarga selain mengukuhkan tali persaudaraan. Bagi masyarakat Cina, perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya kerana institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan makna perkahwinan dari perspektif wanita Cina yang melewatkan perkahwinan di Pulau Pinang. Informan kajian terdiri daripada enam orang wanita Cina yang berumur 30 tahun ke atas, dan belum pernah berkahwin. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Temu bual separa berstruktur digunakan untuk mendapat maklumat daripada wanita yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa makna perkahwinan dalam kalangan wanita Cina yang melewatkan perkahwinan adalah (i) mendapat teman hidup; (ii) dua orang menjalankan kehidupan bersama; (iii) tanggungjawab; dan (iv) meneruskan keturunan keluarga. Majoriti daripada informan kajian telah menyatakan makna perkahwinan adalah mendapat teman hidup. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa kepentingan dan keperluan perkahwinan yang ditekankan dalam masyarakat Cina telah berubah, wanita Cina masa kinimerasakan bahawa mereka tidak semestinya perlu berkahwin walaupun mencapai usia yang tertentu.

Kata Kunci: Wanita, kahwin lewat, makna perkahwinan

 

ABSTRACT

In traditional society, marriage is seen as a important element in the socialization of society through the formation of relationship between two families in addition to strengthening the bond of bother hood. For the Chinese community, marriage is a very important thing in the life of the Chinese and their families because this institution gives permission to connect the descendants of their ancestors and start their own descendants. This study aims to describe the meaning of marriage among Chinese women who delayed marriage in Penang. The sample consists of six Chinese women aged thirty and above, and never been married. The samples were selected using purposive sample method. A semi-structured interview was uses to obtain information from the women studies. The findings show that the meaning of marriage for the Chinese women who delayed marriage was (i) getting a life partner; (ii) two persons living together; (iii) responsibilities; and (iv) continuation of family lineage. The majority of the informants have stated that meaning of marriage is getting a life partner as a companionship.In addition, the findings also show that the importance and necessity of marriage in Chinese society have changed. Nowadays. Chinese women feel that they do not necessarily need to get married even reaching a certain age.

Keywords: Women, delayed marriage, meaning of marriage

 

Published
2022-07-05
How to Cite
Wei Sing, G., & Abdullah, A. (2022, July 5). Makna Perkahwinan Daripada Perspektif Wanita Cina Yang Melewatkan Perkahwinan. Jurnal Wacana Sarjana, 6(1), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/456